Syabas Sabotaj Rakyat Selangor

Kenyataan Media
Syabas Sabotaj Rakyat Selangor
20 Jun 2012
Lanjutan kepada laporan The Star, atas tajuk “There is no shortage of water in Selangor, says Luas” bertarikh 19 Jun, 2012.

Kerajaan Negeri  mengesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) agar jangan terus bermain api dengan rakyat Selangor dengan menyebarkan kenyataan  tentang tahap penurunan paras air di empangan Semenyih dan Langat sejak Jumaat lalu.

Ekoran penafian Lembaga Urus Air Selangor (Luas), sebuah agensi kawal selia dan pengurusan air Negeri Selangor yang mengatakan bahawa simpanan air di kedua-dua empangan tersebut bukan sahaja mencukupi malahan ‘melempah’ (overflow).

Lantaran itu kita menyelar Syabas kerana memberikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Kita ingin mengingatkan Syabas agar jangan terus menakut-nakutkan rakyat Selangor dengan pengumuman-pengumuman gangguan air yang palsu sejak kebelakangan ini kerana Kerajaan Negeri Selangor sedang memantau ‘tingkah laku’ Syabas .

Kita menyeru Syabas jangan menakut-nakutkan rakyat Selangor akan  berlakunya krisis air supaya mereka bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Memandangkan air merupakan keperluan yang penting kepada rakyat Selangor, Kerajaan Selangor tidak teragak-agak untuk mengambil alih semua loji-loji air yang dikendalikan oleh Syabas atau Puncak Niaga bagi menjamin rakyat Selangor terus mendapat bekalan air yang mencukupi untuk keperluan harian mereka.

Kita juga bertanggungjawab kepada rakyat Selangor yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat sedia ada agar mereka tidak terus ‘diperas ugut’ oleh Syabas dengan berita gangguan bekalan air sewenang-wenangnya.

Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Projek Langat 2 yang bernilai RM6 bilion adalah terlalu mahal untuk ditanggung oleh rakyat Selangor. 

Ianya menguntungkan 'Pelobi-pelobi' dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO Selangor demi kepentingan syarikat-syarikat kroni yang mahukan projek ini diteruskan.   

Kita tidak mahu rakyat Selangor menanggung beban membayar harga air yang tinggi bagi menampung kos projek tersebut apabila ia siap kelak.

Kerajaan Negeri komitted untuk terus memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.

Kerajaan Negeri sedang menyediakan 500,000 risalah berkaitan isu air ini untuk diedarkan ke seluruh Negeri Selangor bagi menangkis segala tohmahan jahat oleh pihak-pihak tertentu berkaitan isu air di Negeri Selangor.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

0 comments:

top