MB: Selangor Tetap Jual Tanah Untuk Bantu Unisel

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor akan meneruskan cadangan menggunakan wang RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Universiti Selangor (Unisel).

Khalid membuat pengumuman itu sewaktu mengesahkan kenyataan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkenaan cadangan menggunakan wang itu untuk merintis program pendidikan percuma di Selangor.

"Saya akan buat beberapa pengumuman tentang perkembangan Unisel tidak lama lagi kerana kita akan mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Unisel tidak lama lagi," kata Khalid.

Pada 5 Jun lalu, Malaysiakini mendedahkan, permohonan siswa baru Unisel bagi mendapatkan pinjaman melalui PTPTN telah dibekukan.

Ekoran itu, kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek dengan mengapungkan hartanah Unisel yang dianggarkan bernilai RM30 juta bagi membantu membiayai mahasiswanya.

Pembekuan itu bagaimanapun ditarik balik pada 8 Jun ekoran surat arahan daripada pejabat menteri berkaitan.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

top