KLANG, 15 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) terbukti melahirkan pelajar-pelajar berkualiti dan diiktiraf seluruh Malaysia selepas dua orang pelajarnya berjaya menerima anugerah dalam bidang industri masing-masing.
Sufi Habibullah Roslan, 24, pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal diberi penghargaan oleh Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), badan profesional bidang itu, di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.
Beliau mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.
Sufi ketika ditemui berkata, UNISEL berjaya mewujudkan suasana pembelajaran menarik kerana dibantu oleh barisan pensyarah-pensyarah berkualiti.

“Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi seluruh warga UNISEL perlu merasa bangga kerana ini membuktikan universiti ini mampu melahirkan graduan-graduan yang berjaya,” katanya.
Sementara itu, Kerajaan Selangor berbesar hati memberikan sumbangan penghargaan di atas usaha yang dipamerkan kedua-dua pelajar terbabit.
Penyampaian sumbangan dilakukan Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di iringi Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Anuar Ahmad bersama barisan Exco Selangor di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Kerayong, Kapar hari ini.
Seorang lagi pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama 11 wakil universiti-universiti lain di Malaysia.
Beliau yang berasal dari Sri Aman, Sarawak juga menerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut kerana mendapat PNGK 3.8 sepanjang pembelajarannya di UNISEL.
Katanya, UNISEL merupakan salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia kerana mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.
“Walaupun terdapat banyak universiti lain di Malaysia, saya memilih UNISEL untuk menimba pengalaman berdikari untuk mencapai cita-citanya,” katanya.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment