Selangor Warta Tanah Untuk 'Sekolah Bawah Pokok'

Selangor tiada masalah untuk mewartakan tanah miliknya, melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) PKNS untuk tapak asal Sekolah Tamil Seaport di Petaling Jaya.

Kira-kira 20 ibu bapa mahu mengekalkan sekolah itu walaupun Kementerian Pendidikan telah memindahkannya ke tapak lain di Kampung Lindungan.

Wakil pejabat setiausaha kerajaan negeri NM Rajan yang berada di sekolah itu pagi ini berkata, kerajaan negeri secara prinsipnya bersetuju dan akan bertemu dengan lembaga sekolah dan ibu bapa untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat.

“Saya akan cuba menyusun pertemuan dengan Halimah Ali, exco pendidikan negeri,” katanya kepada Malaysiakini selepas pertemuan dengan pihak sekolah, ibu bapa dan Jabatan Pendidikan Selangor.

Rajan turut berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Halimah.

Bagaimanapun,. Jabatan Pendidikan negeri masih tidak dapat memberikan penyelesaian kukuh berhubung perkara itu.

Justeru, sekolah itu akan kekal ditutup supaya ibu dapa dapat menyelesaikan itu berkain pemilikan tanah terlebih dahulu.

Ibu bapa memberitahu, mereka akan terus menghantar anak mereka ke “kelas bawah pokok” bersebelahan dengan sekolah itu.

Mereka malah sudah memasang khemah menggunakan wang sendiri bagi memastikan keselesaan murid.

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

top