KUALA LUMPUR 14 JAN: Pendakwaan terhadap ketirisan dan rasuah dalam Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hanyalah sandiwara terancang kerajaan minoriti BN bagi mengaburi mata rakyat, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, selepas pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan itu semalam, tiada mana-mana pihak yang dihukum kerana menyebabkan kerugian berbilion ringgit dalam projek itu.

“Ini seolah-olah satu wayang terancang bertujuan untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius membanteras ketirisan. Bila habis pilihan raya, yang tertuduh turut dilepaskan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Azan, kegagalan mensabitkan individu  dalam skandal tersebut  menunjukkan ketidakmampuan kerajaan minoriti pimpinan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangani isu salah guna kuasa melibatkan wang rakyat.

“Najib nampaknya tidak serius mahu selesai masalah ketirisan, dan yang lebih pelik seolah-olah tiada seorang pun pemimpin Umno berani bersuara dalam kes PKFZ, ini membuktikan mereka tidak berintergriti,” tegas Azan.

Semalam, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy terlepas daripada dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu dalam kes PKFZ.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu bekas Perdana Mneteri, Tun Abdullah Ahmad badawi mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006
Pada Oktober tahun lalu, bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan.

Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila diilhamkan pada 1997, namun melonjak kepada RM4.6 bilion pada 2007. Kos muktamad  dari wang pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.

Laporan audit PwC pada 2009 menyifatkan Chan dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang dan lembaga pengarah agensi pelabuhan itu tidak menjalankan tugas dengan sepenuh perhatian.

Sumber: KeadilanDaily

0 comments:

top