PR Kesal Najib Terus Anggap Isu Harga Barang Remeh

SHAH ALAM, 20 JAN: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus menganggap isu kenaikan harga barang sebagai ‘remeh’walaupun berulang kali dinasihatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata walaupun jelas kemarahan rakyat dapat dilihat, namun isu perkauman sekali lagi digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Katanya, Kebimbangan ini disuarakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Saya rasa, perkara ini sudah agak serius dan sudah ada beberapa pemimpin BN memberikan peringatan seperti itu. Malangnya, Perdana Menteri kita masih mengambil remeh dengan kenaikan ini seolah-olah menganggap isu kangkung.

“Bukan sahaja begitu, bila rakyat marah beliau tidak ambil serius perkara ini sebaliknya cuba mengalihkan isu ini kepada isu perkauman. Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan sengaja mencetuskan is uperkauman,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Laporan akhbar semalam memetik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz berkata, kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana ‘pihak yang disokong tidak prihatin dan tidak peduli suara akar umbi’.

Sehubungan itu, Tian Chua turut melahirkan kekesalan berkenaan himpunan mempertahankan imej Najib yang dibuat dengan menyebarkan mesej berbaur perkauman dan boleh menggugat keamanan sedia ada, pada 18 Januari lalu.

Tegasnya, pihak polis perlu menyiasat perkara berkenaan dengan segera tanpa bersikap berat sebelah.
 
“Mesej (himpuan) berbaur perkauman dan menghasut. Tetapi, nampaknya pihak polis langsung tidak mengambil tindakan.

“Ada ‘double standard’ kerana isu seperti ini abila dibangkitkan BN tidak ada tindakan dengan poster keganasan yang mengugut,” katanya.

Sebelum ini, Najib dalam satu majlis membidas rakyat yang enggan berterima kasih terhadap kerajaan sedangkan ketika ini harga kangkung turun.

Namun, perkara berkenaan menjadi bahan jenaka pengguna laman sosial di Malaysia sehingga menarik perhatian media antarabangsa berkenaan perkara itu.

Sumber: SelangorKu

0 comments:

top