Taman Seri Andalas, Klang, 14 Disember 2013 - YB Dr. Xavier Jayakumar ADUN Seri Andalas pada hari ini merasmikan INTERNATIONAL MALAYSIAN INDOOR CARPET CHAMPIONSHIP (MICC) 2013 di Dewan Sukan Klang, Taman Seri Andalas yang berlangsung dari 14-15 Disember 2013 anjuran Kelab Kereta Kawalan Jauh Kota Raja Klang (KRRCC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Seramai 150 peserta dari dalam dan luar negara turut serta di dalam pertandingan 'indoor' yang julung-julung kalinya diadakan di dalam negara. Turut hadir di program itu ialah Sdr Azmizam Zaman Huri dan Sdr PS Rajoo. Menurut Setiausaha KRRCC Sdr Khairul Anuar, sesiapa yang berminat utk menyertai kelab ini adalah dialu-alukan dan dengan yuran bulanan sebanyak RM10 sahaja.













0 comments:

top