PETALING JAYA 16 DIS : Perayaan Hari Krismas 2013 anjuran Kerajaan Negeri Selangor di kompleks membeli-belah Citta Mall, Ara Damansara malam tadi, menerima sambutan memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.
Kira-kira 3,000 orang ramai termasuk masyarakat Melayu, Cina dan India hadir bagi meraikan perayaan terbesar masyarakat yang beragama Kristian yang bakal disambut pada 25 Disember ini.
Acara tahunan itu dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong serta Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Acara tahunan itu dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong serta Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Turut hadir wakil-wakil Kedutaan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) serta para pemimpin masyarakat.
Sambutan kali ini juga menyediakan gerai-gerai usahawan kecil di bawah Skim Mikrokredit MIMBAR yang menyediakan juadah makanan percuma kepada orang ramai.
Sementara itu, Abdul Khalid di dalam ucapannya berkata, perpaduan masyarakat berbilang kaum di Selangor perlu dikekalkan demi kemajuan negeri itu di masa hadapan.
“Kita hidup sama dalam keadaan harmoni, keadaan ini perlu kita sama-sama kekalkan,” kata Abdul Khalid.
Katanya, perayaan Krismas juga tidak berbeza dengan perayaan yang lain kerana sudah menjadi acara sambutan kepada masyarakat berbilang kaum di Selangor dan Malaysia.
Dalam pada itu, sambutan pada tahun ini juga menyediakan sumbangan sebanyak RM14,000 untuk diagihkan kepada beberapa badan kebajikan terpilih di Selangor.
Sambutan Hari Krismas 2013 ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri, MBPJ, Tourism Selangor serta pusat membeli-belah Citta Mall.
Sumber: SelangorKu
0 comments:
Post a Comment