PETALING JAYA 17 DIS: Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata laporan tahunan syarikat Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai sebanyak RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk 6 peratus kos menyelenggara.
Katanya, Syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatatkan keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.

Manakala Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint pula berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatatkan keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara 6 peratus.
“Tidak banyak pernigaan di dunia ini yang mencapai peratus keuntungan bersih sehingga 61 peratus seperti yang dicatatkan Plus. Melihat kos menyelenggara hanya 6 peratus dari jumlah kutipan tol setiap tahun cukup menunjukkan kadar tol yang ada memberikan keuntungan berlipat kali ganda.
“Setiap kenaikan (baru) hanya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi,” kata Rafizi dalam sidang medianya yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Kata Rafizi lagi, dakwaan kononnya terpaksa memenuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya sebagai alasan untuk menaikan kadar tol lebuh raya merupakan alasan tidak masuk akal kerana syarikat konsesi lebuh raya di negara ini dikuasai kerajaan.
Syarikat terbabit yang turut mendapat bantuan kewangan dan subsidi kerajaan itu juga memperolehi keuntungan berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran yang dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi dengan kerajaan.
Rafizi Ramli turut membidas kenyataan beberapa Menteri Kabinet dalam beberapa isu yang menyentuh kepentingan rakyat dengan membayangkan seolah-olah mereka terpisah dari realiti kehidupan sebenar rakyat.
“Sama seperti jawapan sebelum ini, adakah mereka ini datang dari Bulan? Saya membidas sekeras-kerasnya kenyataan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang memberi kata dua kepada pengguna jalanraya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan tol,” kata Rafizi lagi.
Rafizi berkata, PKR turut mendesak agar kerajaan menyemak semula keputusan untuk menaikan kadar tol lebuh raya yang bermula tahun hadapan.
Sumber: SelangorKini
0 comments:
Post a Comment