SHAH ALAM 16 DIS : Kerajaan Negeri sedang dalam usaha mencari jalan terbaik untuk diberi hak seterusnya mengendalikan dana Badan Amal dan Kebajikan isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) sebanyak kira-kira RM10 juta kepada Kerajaan Negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sebagai pemegang amanah, Badan Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) sepatutnya diberikan hak menguruskan dana itu.
Katanya, dana itu seharusnya dikendalikan dengan bertanggungjawab untuk menentukan dana diuruskan dengan betul.
“Kita akan mencari jalan terbaik untuk bagaimana harta yang sepatutnya menjadi milik PEKAWANIS yang tertinggal dulu dari Balkis tidak diuruskan dengan baik.

“Kita boleh menggunakan dana ini dengan baik bagi tujuan kebajikan,” katanya ketika lawatan kerja di Rumah Puteri Arafiah.
Pada 2009, Kerajaan Negeri menghantar surat meminta Jabatan Insolvensi Malaysia menjelaskan kedudukan dana itu kepunyaan Balkis.
Dalam surat itu mengatakan sekiranya benar dalam pengendalikan Jabatan Insolvensi Malaysia, Kerajaan Negeri meminta agar dana itu diberi dan diamanahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya.
Balkis dibubarkan pada 11 Mac 2008, dan menurut bekas Yang Dipertua Balkis, Zahrah Kechik, dana itu sudah diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri (Bakti).
Dalam lawatan kerja itu, Abdul Khalid memperuntukan lebihan peruntukkan daripada Pejabat Menteri Besar sebanyak RM100,000 akan diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk diserahkan kepada Rumah Puteri Arafiah.
Hadir sama isterinya yang juga Yang diPertua Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Rumah Puteri Arafiah, Puan Sri Salbiah Tunut.
Turut hadir Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib dan wakil pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Norita Mohd Sidek serta Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.
Sumber: SelangorKu
0 comments:
Post a Comment