SHAH ALAM 17 DIS : PKR membidas kenyataan angkuh Kerajaan Umno-BN yang tidak memikirkan tentang kebajikan rakyat dalam isu kenaikan tol.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berkata kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar meminta orang ramai menggunakan jalan biasa sekiranya kenaikan tol tinggi adalah tidak wajar dan menunjukkan kurang akauntabiliti.

Apa kata anda“Kami ingin mengingatkan Menteri Persekutuan yang tidak dipilih rakyat supaya berhenti merendahkan rakyat dan tidak angkuh membuat kenyataan,” kata Azmin dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmin berkata, kenaikan tol adalah perkara serius yang memberi kesan kepada pengguna jalan raya yang tiada pilihan selain menggunakannya.

“Ia adalah mengenai keperluan dan hanya kerana mempunyai konsesi tidak bermakna harga boleh dinaikkan tanpa mempertimbang keperluan dan kekangan kewangan rakyat,” katanya.

Beliau juga mendesak Putrajaya agar tidak bersembunyi di belakang perjanjian rahsia dan mencabar rakyat dengan senario ambil atau tinggalkannya.

“Cadangan kenaikan ini dengan kenaikan harga lain adalah ancaman besar kepada kebajikan rakyat,” katanya.

Azmin berkata, PKR akan sentiasa menentang kenaikan ini yang dibuat tanpa justifikasi dan akan terus menyokong usaha menolak kenaikan seperti ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk tidak membuat keputusan menaikkan kadar tol ekoran pemegang konsesi lebuh raya adalah anak-anak syarikat milik kerajaan.

Sumber: SelangorKini

0 comments:

top