Sebahagian Ucapan Penggulungan YB Tuan Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kesihatan Negeri Selangor
Pada 15 November 2011

Situasi Kejadian Penyakit  Denggi Di Negeri Selangor (Sehingga 12 November 2011)
Sehingga 12.11.2011, Negeri Selangor telah melaporkan 6,515 kes denggi berbanding dengan 15,199 kes denggi untuk tempoh yang sama pada tahun 2010 (penurunan 57%). Untuk tempoh yang sama, 8 kematian denggi telah dilaporkan berbanding dengan 42 kematian denggi untuk tempoh yang sama tahun 2010 (penurunan 81%).

Pada 12/11/2011, terdapat 2 hotspot denggi iaitu di daerah Hulu Langat dan Klang. Empat daerah yang yang menjadi penyumbang utama kes penyakit denggi, sehingga 12/11/2011, di Selangor adalah daerah Petaling (1,674 kes), Hulu Langat (1,649 kes), Gombak (1,334 kes) dan Klang (1,116 kes).

Antara strategi yang telah dilaksanakan untuk mencegah dan mengukuhkan kawalan denggi di Selangor adalah pengendalian Mesyuarat Wabak Denggi  Mingguan Pelbagai Agensi di daerah yang mengalami wabak denggi, mengukuhkan kerjasama kawalan denggi di antara Pejabat Kesihatan Daerah dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mengaktifkan Pasukan COMBI (‘Communication for Behavioral Impact’) di kalangan penduduk setempat terutamanya di lokaliti yang berwabak dan mempergiatkan lagi aktiviti promosi kesihatan masyarakat saperti memperkenalkan Ikon Denggi/ pameran lori

bergerak di lokaliti wabak sebagai usaha menarik perhatian orang ramai bekerjasama membanteras Denggi.

Kerjasama masyarakat berterusan untuk mencegah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui penjagaan kebersihan alam sekeliling, pembuangan sampah teratur, pemeriksaan berkala rumah dan tempat kerja untuk pembiakan |Aedes dan aktiviti gotong-royong perlu dikekalkan dan pergiatkan lagi untuk terus menurunkan kejadian penyakit demam denggi di negeri Selangor.

0 comments:

top