Laksana Gaji Minima Beri Tekanan Pada Pusat

SHAH ALAM, 17 NOVEMBER : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menggesa rakyat di negara ini menyokong baik usaha kerajaan negeri dalam pelaksanaan gaji minima sekaligus memberi tekanan atas keengganan kerajaan persekutuan melaksanannya secara menyeluruh diperingkat nasional.

Khalid berkata jika rakyat Malaysia sebulat suara menyokong pelaksanaan gaji minima, mereka boleh bertindak atas kuasa mutlak sebagai seorang rakyat dengan bertindak menukar pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Rakyat mesti sokong usaha ini agar kerajaan Persekutuan memutuskan adanya gaji minima ini. Jika Malaysia mahu gaji minima ditetapkan dan tahu kerajaan Persekutuan tidak mampu lakukan maka mereka perlu kerajaan baru pada PRU-13.

“Ini juga sebagai inspirasi kepada masyarakat Malaysia bahawa gaji minima boleh dilakukan sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika sesi perbahasan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Pada 9 November lalu, ketika Pembentangan Belanjawan Selangor 2012, Khalid mengumumkan pelaksanakan dasar gaji minima, RM1,500 sebulan sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Mengulas lanjut, Khalid menafikan dakwaan pembangkang (Umno-Barisan Nasional) kononnya pelaksanaan gaji minima ini membelakangkan pegawai kerajaan lain dengan hanya membantu rakan bisnes dan kakitangan GLC negeri.

Beliau sebaliknya berkata pihak pembangkang menggunakan kenyataan sedemikian untuk memberi memutar belit usaha baik kerajaan negeri.

“Pelaksanaan gaji minima ke atas kakitangan GLC ini memandangkan kita mempunyai kuasa pentadbiran dan mengambil kira keupayaan pengurusan yang boleh dipantau.

“Saya tidak mahu perkara ini digunakan pihak pembangkang Umno-BN dengan berkata kerajaan Pakatan asyik membantu GLC dan membelakangkan beribu pegawai kerajaan lain. Malah saya tengok tweet yang kata saya menolong orang bisnes tapi bukan penjawat awam lain. Itu kenyataan yang cuba diputar belit,” tegasnya.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

top