SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan “Geran Selangorku” yang akan digunakan pada tahun 2012 untuk faedah rakyat Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 berkata, geran ini adalah berasaskan dana sumbangan dividen daripada GLC Negeri serta keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk dari Syarikat Talam Corporation.
Menurut Abdul Khalid, ia juga adalah hasil penstrukturan semula projek Canal City dan pengenalan polisi pemberi milikan tanah mengikut harga pasaran.
“Jika dahulu keuntungan ini hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta kroni orang-orang yang berkuasa, kali ini habuan besar ini akan diagihkan kepada rakyat Selangor.
Ini sekaligus membuktikan bahawa pentadbiran tanpa rasuah dan kronisma serta pengurusan yang cekap dan tiada ketirisan telah memberi menfaat kepada rakyat Selangor,” katanya.

Abdul Khalid berkata, geran ini akan diuruselia oleh MBI memandangkan pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri.
Antara program yang akan dilaksanakan melalui Geran Selangorku adalah pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrastruktur sukan, program sokongan pendidikan, program dari kebajikan kepada pekerjaan dan program jangkaan kehidupan bandar.
Selain itu, program pembasmian rasuah dan penyelewengan, program pengukukan demokrasi, program pengukuhan budaya, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, program penerangan maklumat negeri dan pembaikan industri.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment