Shah Alam, 3 November 2011 - Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) hari ini meneruskan piket seperti yang dijadualkan demi membantah pindaan Akta Kerja 1955. 

MTUC dijadual mengadakan piket secara serentak di 18 lokasi di seluruh negara selepas waktu bekerja iaitu antara jam 5 hingga 6.30 petang.

Lokasi berkenaan ialah Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Jalan Barat Petaling Jaya, Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor, Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai), Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh), Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).

Di Perak (Hadapan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan), Kelantan (hadapan Kota Baharu Trade Centre), Johor (hadapan MasjidJamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai), Kuala Lumpur (hadapan bangunan KWSP Jalan Raja Laut), Sabah (hadapan Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu), Kedah (hadapan Sime Tyre International, Mergong) dan Sarawak (hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).


Piket ini diharap memberi satu mesej kepada kerajaan bahawa pindaan yang diluluskan menjurus memberi impak negatif kepada pekerja. 

MTUC mendakwa sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

YB Dr Xavier Jayakumar hadir di bulatan berhampiran Goodyear Seksyen 15 untuk memberi sokongan kepada MTUC. Turut hadir adalah YB Dr Nasir dan YB Khalid Samad.











0 comments:

top