Padang Jawa, 24 April 2011 – Majlis Meletak Batu Asas bagi Tapak Kuil Sri Maha Mariamman Rimba Jaya telah disempurnakan pada hari ini.
Kuil Sri Maha Mariamman telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada tahun 2007. Setelah Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Selangor, Kuil Sri Maha Mariamman telah diperuntukkan tanah di Rimba Jaya, Padang Jawa dan kuil tersebut kini dibina semula dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah Ken Rimba Sdn. Bhd.
Majlis pada hari tersebut dirasmikan YB Dr Xavier Jayakumar dan dihadiri YB Rodziah Ismail selaku ADUN Batu Tiga, YB Ronnie Liew, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB M. Ravi, ADUN Port Dickson, pemimpin-pemimpin komuniti India setempat serta Encik Kenny Tan Boon Kang, Pengarah Urusan Ken Rimba Sdn Bhd.