Showing posts with label Yayasan SSL Strok dan Pembangunan Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Yayasan SSL Strok dan Pembangunan Masyarakat. Show all posts
PETALING JAYA, 26 April – Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan cek RM100,000 kepada Yayasan SSL, Strok dan Pembangunan Masyarakat bagi menanggung sebahagian kos  pembelian mesin bagi membantu penderita strok.

Pemberian sumbangan itu bersesuaian dengan langkah  kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Selangor.

Penyampaian itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan,  Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri, Rodziah Ismail kepada Pengerusi yayasan tersebut, Sze Chang Heng di bangunan yayasan tersebut di sini.

Menurut Rodziah sumbangan itu dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak setahun lalu.

“Saya di sini sebenarnya membawa satu janji , datang ke sini untuk menyelesaikan janji saya  daripada kerajaan negeri Selangor  untuk kami memberikan RM100 ribu seperti mana yang telah dijanjikan  hampir setahun lepas untuk disumbangkan kepada Yayasan Strok SSL ini  untuk memastikan bahawa pembelian satu teknologi terkini untuk membantu pesakit-pesakit strok  akan dapat dijadikan kenyataan.
top