Saratok, Sarawak 10 April - Petugas-petugas PKR yang datang dari Selangor menggesa pihak Polis untuk mengambil tindakan segera terhadap Datuk Peter Nyarok ak Entrie yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Pertanian Negeri Sarawak kerana telah mengugut untuk 'memotong' salah seorang petugas PKR kerana kononnya cuba mengubah budaya masyarakat Iban di Sarawak.

Insiden berlaku semasa Peter Nyarok (calon BN) bagi Dun N.34 Krian keluar dari dewan penamaan calon di Dewan Perpustakaan Saratok pada 6 April, Rabu lepas.

Beliau telah menghampiri sekumpulan petugas-petugas PKR yang berada di luar dewan dan meluru kepada Abdul Razak Bin Ismail, pembantu Khas kepada Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor dan terus memberi amaran sambil berkata "U jangan cuba ubah budaya orang Sarawak...nanti kami 'Potong' U" dan kemudiannya terus berlalu menuju ke kumpulan penyokong-penyokong BN yang berada tidak jauh dari situ.  
  

Sebelum ini, beliau turut memberi amaran yang sama kepada YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor dalam ceramah beliau di beberapa rumah panjang dan satu laporan telah dibuat oleh kepimpinan PKR setempat seperti rujukan artikel lampiran (http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/11/kill-the-indian-remark-lands-nyarok-in-trouble/)

Peter Nyarok merupakan Timbalan Presiden Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) sedang mempertahankan kerusi tersebut buat kali ke 5 menentang calon PKR Ali Anak Biju.

Ujar Dr. Xavier bahawa Peter Nyarok merasa begitu tertekan apabila masyarakat Iban di rumah-rumah panjang memberikan sokongan yang cukup hebat terhadap calon PKR tersebut.  

Tambah merisau Nyarok ialah apabila Dr. Xavier mengumumkan pemberian bantuan dana sebanyak RM360,000 oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membina semula sebuah rumah panjang yang hangus terbakar di Sungai Jerak, Krian baru-baru ini.   

0 comments:

top