SHAH ALAM 20 April - Kerajaan Selangor menetapkan dasar untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada guna tanah negeri sebagai Hutan Simpan dalam usaha mengekalkan lestari alam dan memastikan keseimbangan alam terus terjamin di masa hadapan.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar,  Elizabeth Wong berkata, menerusi pewartaan baru, beberapa Hutan Simpan Kekal (HSK) sejak tahun 2008, keluasan HSK ditingkatkan daripada 30.5 peratus kepada 31.5 peratus dengan melibatkan tambahan keluasan HSK kira-kira 6,500 hektar.

Bagaimanapun kerajaan negeri bercadang meletakkan sasaran untuk meningkatkan peratusan keluasan ini kepada sekurang-kurangnya 35-40 peratus daripada keluasan negeri.

Menurut Elizabeth perkara ini boleh dilaksana sekiranya rakyat mempunyai semangat dan kesedaran untuk memelhara hutan.


“Dan salah satu kawasan yang diwartakan  sejak ambil alih pimpinan negeri ialah untuk mewartakan  semula Hutan Simpan Kota Damansara  pada 18 Februari 2010 dan kerajaan negeri juga sedar bahawa  kita memang ada kekangan pembangunan di kawasan hutan ini serta mendapat bantahan  daipada komuniti melalui  beberapa persatuan seperti  Persatuan Penduduk, Badan Bukan Kerajaan  supaya terus mengekalkan hutan ini,” katanya.

Elizabeth berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutup Ekspedisi Saintifik Biodiversiti Hutan Simpan Kota Damansara sempena sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2011 di Sungai  Buloh  hari ini.

“Untuk mengambil balik hutan ini , apabila kita mengambil alih kerajaan negeri Selangor  merupakan proses yang panjang. Bukan  satu proses yang senang kerana  pada masa itu tanah sudah diberimilik.  Apa yang telah berlaku ialah nasib baik ia milik GLC-GLC kerajaan negeri Selangor.Dengan itu kita dapat berbincang dengan GLC-GLC  tersebut dan kita mendesak untuk pulangkan kembali kepada kerajaan negeri Selangor,” ujarnya lagi.

Tambahnya, Dewan Negeri Selangor pada hujung bulan lalu telah meluluskan pindaan ke atas Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara, di mana pendengaran awam (public enquiry) menjadi satu kemestian bagi menentukan sama ada sesuatu kawasan HSK boleh diwarta keluar atau sebaliknya.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah meningkatkan aktiviti pengutkuasaan ke atas kegiatan pembalakan haram.

Hasil  penguatkuasaan itu lapan pembalak haram didakwa dan dipenjarakan dalam lima kes berasingan pada 2010, disamping menggenakan denda maksima awal tahun ini menyebabkan kegiatan haram ini semakin lumpuh.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pindaan ke atas perundangan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1988 padaa tahun lalu. Ia mengenakan hukuman dan denda lebih beat kepada pekilang-pekilang industri berasaskan kayu dengan denda maksima RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Disamping itu katanya, Kerajaan Negeri tahun ini akan mewartakan Kaedah-Kaedah Hutan Tadahan Air bagi memperkasakan pengurusan kawasan-kawasan hutan tadahan air yang berada dalam  HSK bagi menjamin perkhidmatan berterusan pembekalan air Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu katanya, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji mekanisme sesuai seperti REDD iaitu (Reduced Emmission from Deforestration and Forest Degradation) bagi  menjana pendapatan menerusi perniagaan karbon di mana Tabung Amanah akan  ditubuhkan bagi membolehkan negaa-negara maju dan pihak-pijak lain yang berminat membayar kepada Kerajaan Negeri di atas pemeliharaan HSK dalam memerangi masalah perubahan iklim.

Menurut Elizabeth pendapatan ini akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan HSK yang menjangkau RM3 juta setiap tahun.

Ekspedisi Saintifik Biodiveriti Hutan Simpan Kota Damansara dijayakan oleh lebih 200 peserta membabitkan golongan professional dan pelajar membabitkan antara lain beberapa universiti   dan agensi-agensi kerajaan.

Ekspedisi  itu antara lain cuba mengenalpasti flora dan fauna, burung-burung, binatang dan serangga yang  terdapat di dalam hutan simpan itu untuk terus dipulihara.

0 comments:

top