Calon Keadilan Dun Krian Paling Menyerlah

Saratok, Sarawak 10 April 2011 - Calon bagi N34 Krian, Ali Anak Biju merupakan salah seorang calon yang paling menyerlah dalam PRN Sarawak ke 10 ini.

Semasa hari penamaan calon lebih 3,000 penyokong parti telah mengiringi beliau berarak sekitar pekan Saratok  selepas beliau diisytiharkan sebagai calon PKR di Dun tersebut .

Ramai kalangan masyarakat setempat menyatakan bahawa ini lah pertama kali sebuah parti pembangkang mampu mengadakan perarakan sebesar itu di bandar tersebut jauh berkali ganda mengatasi BN. 

Yang lebih menakjubkan ialah kemampuan jentera PKR setempat untuk meletakan 5 buah 'billboard' besar  (bersaiz 15' X 25' ) di lokasi strategi di pekan Seratok dan kawasan sekitaran.


Ujar Ali Biju lagi beliau begitu yakin merampas Dun tersebut dari penyandang Peter Nyarok ak Entrie yang telah 5 kali bertanding di kawasan tersebut.

Dengan mengguna slogan "Aram Berubah Kitai Rakyat Sarawak " (Berubahlah Kita Rakyat Sarawak ) "Angkat Semua ... Tan Ka Reta Pesaka Kitai" ( Bangkitlah...Kita Pertahankan Tanah Kita) beliau yakin masyarakat Iban yang menetap di lebih 240 buah rumah panjang dalam Dun Krian akan mengundi beliau pada 16 haribulan (hari penggundian) ini.  

Beliau turut dibantu oleh YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor sepanjang kempen pilihanraya tersebut. Tegas Dr. Xavier bahawa setelah beberapa hari berkempen di beberapa buah rumah panjang beliau dapati kaum Iban mahukan perubahan dan akan menggundi calon PKR kali ini.    

Dun Krian mempunyai lebih 10,800 penggundi yang terdiri dari lebih 90% penggundi dari kalangan masyarakat kaum Iban. Terletak di dalam Parlimen Saratok bersama sebuah lagi kawasan dikenali sebagi Dun Kalaka (N. 33) yang juga ditandingi oleh calon PKR.  

0 comments:

top