SHAH ALAM 27 April- PKNS akan melaksanakan program mengecat semula pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang lebih 15 tahun dengan kos RM5.2 juta  yang melibatkan 131 blok atau 8,180 unit dalam usaha usaha kerajaan Selangor untuk membantu penduduk membaikpulih pangsapuri kos rendah, kata Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar Abdul Samad.

Menurut Iskandar matlamat program pengecatan semula ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada skim pemajuan-pemajuan PKNS di samping mewujudkan persekitaran dan pangsapuri yang lebih ceria,indah dan harmoni.

"Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya dalam masa setahun,” ujarnya.


Iskandar menambah sebagai permulaan program mengecat akan dimulakan di rumah pangsa kos rendah Selsyen 20 dan Seksyen 24 Shah Alam.

Program pengecatan ini melibatkan lima zon iaitu di Ampang dengan 6 blok atau 560 unit, di Petaling Jaya sebanyak 19 blok atau 854 unit, di Shah Alam sebanyak 35 blok atau 2,442 unit, Di Bangi sebanyak 47 blok atau 1,942 unit dan di Kota Damansara melibatkan 24 blok atau 2,300 unit.


Sumber: Selangorkini

1 comments:

swami said...

proud to see leaders like you all.But there is major problem with people in Desa Mentari flats from rumah panjang they maanage to buy flats ,due to poority can"t pay loan and maintenance this bczs low income.they still prefer to leave to another tanah haram kampong. They children became black listed bczs the flat house loan. So are we realy solve our comunity's problem .Only Pkr can help. thanks.

top