Saratok, Sarawak, 18 April 2011 - Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor mengesa kerajaan Negeri Selangor untuk memperuntukan sejumlah dana yang mencukupi bagi membaikpulih atau bina baru bangunan asrama (hostel) di Sekolah Rendah St. Peter, di pekan Saratok, Sarawak demi kepentingan murid-murid yang menetap di asrama tersebut.
Dr Xavier telah meluangkan masa melawat bangunan asarama tersebut semasa meninjau pusat pembuangan undi Dun N.34 Krian yang ditempatkan di sekolah tersebut.
Bangunan asrama tersebut diperbuat separuh batu di tingkat bawah dan menggunakan kayu dan berdindingkan papan di tingkat atasnya.
Dilaporkan ianya telah dibina kira-kira 30 tahun yang lalu. Ianya telah menjalani kerja-kerja baikpulih terakhir oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2001.
Bangunan tersebut berada dalam keadaan uzur dan daif dan menempatkan 30 orang murid-murid yang berusia antara 7-12 tahun dari keluarga miskin masyarakat Iban dari rumahpanjang-rumahpanjang pendalaman di sekitar daerah tersebut.





