Harga Air Di Selangor Kekal

SHAH ALAM,30 SEPT:  Tiada kenaikan tarif air di Selangor. Itu tegas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)  untuk menaikkan tarif air seperti yang diumumkan  oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin .

Tegas Tan Sri Khalid, “SYABAS perlu mendapat kebenaran Kerajaan Selangor sebelum menaikkan tarif air, dan saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan kenaikan selagi rundingan penstrukturan semula industri air tidak selesai”.

Tuntutan SYABAS atas dakwaan kerugian akibat kegagalan menaikkan tarif air  tidak akan mengubah pendirian Kerajaan Negeri mengenai isu ini demi menjaga kepentingan 5 juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor dan dalam semua rundingan keutamaan adalah kepentingan pengguna, perkhidmatan air yang efisyen dengan harga yang berpatutan.
Pada Ahad, 26 September 2010, proses pengundian Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) bagi Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja telah berlangsung di Dewan Bukit Naga, Shah Alam, Selangor mulai jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.

Setelah tamat pengundian, bagi tujuan menjamin kelancaran dan kesempurnaan pemilihan tersebut, pengawas pemilihan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat (JPP) membuat keputusan bahawa proses pengiraan dan penjumlahan undi tidak dapat diteruskan di Dewan Bukit Naga, Shah Alam. Sebaliknya urusan-urusan tersebut diserahkan kepada tanggungjawab langsung JPP yang beribu pejabat di A-1-09 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, Selangor.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat, menurut Fasal 18.15 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat, adalah bertanggungjawab bagi mengawal selia proses pengundian dan pemilihan untuk jawatan dalam parti di peringkat Cabang dan Pusat. Di bawah kuasa menurut peruntukan Fasal tersebut, JPP memutuskan untuk menyempurnakan proses pengiraan dan penjumlahan undi bagi pemilihan Cabang Kota Raja itu di dalam bangunan Ibu Pejabat Parti dalam tempoh seberapa segera yang mungkin.
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melakar sejarah dengan mengadakan pemilihan langsung buat julung kali, mencatatkan satu lagi rekod — pengiraan undi salah satu cabang yang dilihat panas — Kota Raja di Selangor —  berlarutan sehingga pagi ini.

Maklumat yang diperoleh sekitar 7 pagi tadi menunjukkan undi masih dikira.

Ia seolah-olah menggambarkan berulangnya sejarah pengiraan undi kerusi sehingga membawa sehingga tengah hari keesokan hari di Lembah Klang sedekad lalu.

Pengiraan dijalankan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, bermula lewat malam tadi, selepas proses mengira undi di Bukit Naga lewat petang tadi berakhir dengan kekecohan dan tindakan rampas kertas undi dan peti undi.

Sebanyak 18 peti undi dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.

Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam.

Dr Xavier Buat Laporan Polis Isu SMS

KLANG – Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berantai memburukkan imej beliau dan ahli keluarganya.

Xavier berkata, laporan polis itu terpaksa dibuat berikutan SMS berkenaan disebarkan kepada orang ramai sejak tiga minggu lepas.

Menurutnya, antara kandungan SMS itu menuduh beliau mendapat kontrak daripada Kerajaan Negeri untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarganya yang lain.

“Tuduhan ini sangat serius, jika benar saya melakukan penyelewengan diminta individu yang menyebarkan SMS ini tampil ke hadapan dan membuat laporan polis terhadap saya.

“Saya sedia bekerjasama dan sanggup disiasat pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),”katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, semalam.

Xavier yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri memberitahu, antara kandungan SMS yang diterimanya turut menyebut beliau akan menganugerahkan pingat kepada rakan-rakanya jika menyokong beliau pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja, Ahad ini.
PETALING JAYA 25 SEPT : Selaras dengan usahanya untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Kerajaan Negeri Selangor semalam mewartakan tanah seluas 1 ekar untuk didirikan lapan buah Tadika Rakyat di Kampung Lindungan, Petaling Jaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM62,500 untuk membina lapan buah Tadika Rakyat yang terdiri daripada empat buah kelas aliran Melayu dan empat buah kelas aliran Bahasa Inggeris.

" Saya difahamkan projek ini memerlukan RM150,000 untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan lain. Oleh itu saya mencadangkan YB Nik Nazmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kutipan dana Tadika Rakyat Kampung Lindungan untuk mencari tambahan," ujar Khalid pada acara pecah tanah yang diadakan di Jalan PJS 6, Desa Mentari, Kampung Lindungan.

Menurut Khalid, beberapa subjek utama akan diajar kepada murid-murid yang memasuki tadika ini iaitu subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama Islam dan Moral.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan menggunakan sistem tender terbuka untuk pembinaan dan pengurusan tadika berkenaan.  
PETALING JAYA - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perlaksanaa kaedah pengundian secara langsung pada Pemilihan 2010 akan melahirkan pemimpin yang terbaik bagi parti.

Seterusnya pemimpin yang terpilih dalam pilihan raya parti pula akan lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli yang memilih mereka.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Anwar yakin ahli KEADILAN akan membuat keputusan yang bijaksana serta berhemah demi kebaikan kepada parti.

"Pemerkasaan ahli-ahli seiring dengan kuasa di tangan mereka. Kami yakin semua anggota parti akan menggunakan kuasa ini secara bijaksana dan berhemah.

"Amalan seperti ini sudah menjadi lumrah dalam sistem demokrasi yang matang diseluruh dunia tetapi ia adalah pertama kali dilaksanakan di Malaysia.

"Proses pemerkasaan bukan sahaja memberikan hak untuk mengundi tetapi juga untuk menyuarakan sokongan atau bangkangan," kata Anwar.
SHAH ALAM 24 SEPT - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menuntut bayaran sebanyak RM308 juta dari Kerajaan Selangor didakwa sebagai “pampasan” kerana terhalang dari menaikkan tarif air di Selangor.

Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu dengan memberi alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan Kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

"SYABAS pada masa yang sama mengugut untuk mengheret Kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Faekah bagaimanapun menegaskan Kerajaan Negeri tidak gentar dengan tuntutan Syabas, kerana tidak mahu rakyat Selangor menanggung harga air yang lebih tinggi dari kadar sepatutnya.
YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor akan membuat laporan Polis di Balai Polis Daerah Klang, Jam : 10.00 Pagi, ESOK (Jumaat) 24/09/2010  bagi melaporkan tindakan seorang individu / atau kumpulan yang menghantar SMS kepada orang ramai memburuk-burukkan imej beliau dan ahli keluarga beliau yang dipercayai ada kaitan dengan proses  pemilihan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja  yang akan diadakan pada 26/09/2010 yang akan datang.

YB Dr. Xavier adalah Ketua Cabang tersebut.

Kenyataan Media akan diadakan selepas laporan Polis dibuat.
The Sri Maha Mariamman Hindu temple in Section 16 Shah Alam will soon be rebuilt.

Its controversial demolition by the state government in 2007 had led to the Indians turning their backs on BN.

Seri maha mariamman temple replacement land pronouncement 210910 01The Selangor exco in charge of non-Muslim houses of worship, Dr Xavier Jayakumar, officially pronounced the 15,000 square feet of land which is located near the original site, gazetted as temple land in perpetuity.

"Tomorrow, the state exco meeting will also approve an allocation of RM300,000 to go to the construction of the temple," added Dr Xavier.

The state exco announced this to the 30-odd crowd at the temple construction site in a press conference after unveiling the project signboard.

3 Juta Beg Plastik Dikurangkan Sejak Januari

SHAH ALAM,19 SEPT – Kempen Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan Januari tahun ini, membabitkan 75 peruncit dan 300 cawangan pasar raya, berjaya mengurangkan penggunaan hampir 3 juta beg plastik di seluruh Selangor.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Brian Yap berkata, kempen itu berjaya mengurangkan masalah alam sekitar yang serius.

“Kempen ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan pembeli yang tidak membawa beg sendiri perlu membayar 20 sen untuk setiap beg plastik.

“Bayaran itu akan disalurkan kepada program tanggungjawab social syarikat masing-masing atau diberikan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Alam Sekitar ataupun persatuan kebajikan,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, The Store mengumumkan hasrat untuk mendermakan wang yang dikumpul kepada persatuan membantu orang buta.

Beliau berkata, bilangan penambahan hari mungkin ditingkatkan jika mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua pihak yang terlibat.

RM1 Billion Medical City to Change Face of PJ

KUALA LUMPUR, Sept 17 — A “Medical Metropolis” involving over RM1 billion in investment is set to take shape in Petaling Jaya said the Selangor state government today.

The project, part of the state’s economic stimulus package, is expected to be launched in March 2011 and will focus on healthcare, research and education.

Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said that the Medical Metropolis will change the landscape of Petaling Jaya via new roads and more sophisticated public transport, following a meeting with the project’s developers.

Details of the Medical Metropolis however remain sketchy although the state government said more announcements will be forthcoming.

“This project will have a potentially big impact on the development of the country because it could be the first such project to be built,” said Khalid in a statement to the media.

Negara Demokratik Satu Tuntutan Patriotik

SHAH ALAM 16 Sept - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengajak rakyat Malaysia supaya menguatkan tekad dan iltizam untuk bersama-sama berganding bahu mewujudkan sebuah negara yang benar-benar demokratik serta menghormati kedaulatan undang-undang yang berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-47 yang juga disambut sebagai cuti umum buat pertama kali dalam sejarah, Abdul Khalid menegaskan tanggungjawab ini adalah tuntutan patriotik yang perlu digalas oleh setiap warganegara yang prihatin.

"Ini bukanlah perkara baru kerana ia terkandung di dalam teks Pemahsyuran Kemerdekaan negara kita. Ia juga diulang semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

"Saya yakin rakyat Malaysia kini kian matang untuk secara demokratiknya menilai serta menyaring banyak wacana yang muncul dalam masyarakat. Dengan kematangan ini, kita harus yakin untuk berbeza pendapat secara aman dengan maksud sama berusaha mencari penyelesaian," kata Menteri Besar.

Namun selepas 47 tahun penubuhan gagasan Malaysia, rakyat berhadapan dengan masalah urus tadbir negara yang lemah disebabkan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Dr Xavier : PKR Party Election 2010

PKR supreme council member, Dr Xavier Jayakumar shared his views with Klik4Malaysia with regards to the upcoming PKR party elections 2010 and the tussle for the party's deputy president post.

GOMBAK 14 Sept - Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengunjungi keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bagi menyampaikan ucapan takziah daripada KEADILAN dan juga kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin tersebut turut diiringi Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan pimpinan serta anggota parti.

Mereka tiba di rumah Allahyarhamah di Taman Harmonis di sini kira-kira pukul 2.30 petang dan meluangkan lebih sejam bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati serta memberikan mereka semangat sebelum mengadakan majlis tahlil.

Ketika bercakap kepada media, Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah sambil menyifatkan pembunuhan Sosilawati sebagai mengejutkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis bagi pihak kerajaan negeri Selangor dapat menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan pantas dan kita berharap polis juga mampu membuat penyiasatan terperinci sehingga pihak yang bersalah dihadapkan ke pengadilan," kata Abdul Khalid.

Puluhan Ribu Hadiri Rumah Terbuka Selangor

SHAH ALAM, 12 Sept:  Puluhan ribu pengunjung hadir ke rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Negeri Selangor 2010 kelmarin yang berlangsung dalam keadaan amat meriah dengan berbagai juadah makanan disediakan.

Penuh sesak ruang luas di I-City, Seksyen 7, tempat berlangsungnya majlis yang mempertemu dan merayakan hari kebesaran Agama Islam itu yang turut dirai dan dihargai oleh semua pihak meskipun mereka penganut fahaman agama berbeza.

Pengunjung dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, budaya dan tahap pendidikan mereka sama-sama ceria dan bergembira menyambut hari lebaran mulia selepas sebulan umat Islam melakukan ibadat puasa.

Sebagai tuan rumah utama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sentiasa tersenyum, mudah didampingi, bersalaman mesra dan menunaikan hasrat mereka yang ingin bergambar kenangan bersama pimpinan negeri kesayangan semua.

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Daripada Dr Xavier

Bersempena dengan 1 Syawal yang mulia ini, saya bagi pihak seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Selangor, Muslimin dan Muslimat serta rakyat Malaysia amnya, dengan harapan bahawa hari yang berkat ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama insan.

Marilah kita semua meraikannya sebagai tanda kesyukuran di atas keharmonian yang telah terjalin di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan anutan agama disamping untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

Kita harus menaruh harapan bahawa bangsa Malaysia yang akan wujud suatu hari nanti akan berasaskan kepada perasaan saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Kita perlu terus gigih berusaha ke arah kemakmuran, kebebasan dan peluang serta hak saksama bagi setiap rakyat Malaysia.

Pesalah Trafik Dicadang Ditahan

Pendekatan yang dilakukan untuk mengawal kadar kemalangan jalan raya sewaktu musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri perlu diberikan suntikan segar bagi mendidik pengguna jalan raya  supaya lebih berhati-hati dan berhemah.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), saban tahun negara telah kerugian sebanyak RM 9 bilion akibat kemalangan jalan raya.

Malah kes kemalangan maut semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut kajian itu lagi, jumlah kematian maut akibat nahas jalan raya tahun 2009 adalah sebanyak 6,745 kes. Kesannya, negara kehilangan sumber modal insan yang begitu besar akibat kematian di jalan raya.

Walaupun pelbagai kempen yang dilakukan seperti Ops Sikap, namun kempen tersebut tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam mengurangkan kes kemalangan.
Selepas disokong 20 anggota Parlimen dan Dewan Negara Parti Keadilan Rakyat, lebih ramai perwakilan PKR menyatakan sokongan terbuka kepada naib presiden parti, Azmin Ali yang mahu bertanding merebut jawatan timbalan presiden.

Pada sidang media di Shah Alam hari ini, 13 ADUN PKR meluahkan sokongan mereka kepada Azmin yang didakwa pemimpin paling sesuai memegang jawatan berkenaan.

Diketuai oleh Yaakob Sapari (Kota Anggerik), kumpulan itu terdiri daripada sembilan ADUN dari Selangor dan empat dari Negeri Sembilan.

Hadir pada sidang media ini adalah ADUN Dr Xavier Jeyakumar (Sri Andalas), Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Ahmad (Seri Setia) dan Shuhaimi Shafiei (Sri Muda).

ADUN PKR Selangor yang termasuk dalam kumpulan berkenaan tetapi tidak hadir adalah Roziah Ismail (Batu Tiga), Gan Pei Nei (Rawang), Lee Kim Sin (Kajang) dan Haniza Talha (Taman Medan).

Pasar Baru Untuk Penduduk Seri Muda

Demi kemudahan penduduk sekitar Sri Muda, Kerajaan Selangor akan menggantikan pasar Sri Muda yang uzur  kepada premis baru yang infrastukturnya lebih lengkap.

Mengikut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, tender bagi membina pasar baru itu akan dikeluarkan Majlis Perbandaran Shah Alam atau MBSA, Januari tahun depan.

Xavier berkata demikian ketika membuat lawatan ke tapak pasar Sri Muda, Shah Alam, bertujuan melihat gambaran sebenar masalah di pasar berkenaan.

Hadir sama ketika lawatan ke Pasar Seri Muda Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie.

Xavier berkata lawatan untuk lihat pasar lama tersebut rentetan dari aduan tentangnya. Walaupun ia bukan perkara baru tetapi telah 20 tahun tetapi kedudukan pasar tersebut yang sememangnya uzur dan tidak memuaskan tetapi memandangkan ianya keperluan  rakyat, makan pembinaan satu pasar baru dan moden serta bersih telah dipersetujui.

Xavier bimbang keuzuran pasar itu akan membawa kepada masalah kebersihan dan mengundang wabak penyakit berjangkit.
Sg. Kandis, 5 September 2010 – Proses penamaan calon yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Sg. Kamdis pada hari ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru dari kumpulan yang diterajui Ketua Cabang YB Dr Xavier Jayakumar dengan dua kumpulan lain yang masing-masing dipimpini saudara Kottapan serta saudara Telai.

Terdahulu seawal pukul 9.30 pagi, kelihatan para penyokong kumpulan YB Dr Xavier Jayakumar telah berkumpul berhampiran dewan penamaan calon. Kira-kira pukul 10.30 pagi ratusan penyokong berarak bersama-sama barisan kepimpinan mereka yang terdiri daripada kepimpinan cabang yang diterajui oleh YB Dr Xavier Jayakumar serta YB Shuhaimi Mat Shafiei. Turut beriringan bersama mereka merupakan barisan kepimpinan AMK yang diketuai oleh saudara Azmizam Zaman Huri dan kepimpinan Wanita yang diketuai saudari Rozaina Hamzah.

Laungan “Reformasi” dan laungan “Hidup Xavier” serta “Hidup Shuhaimi” terus menerus dilaungkan para penyokong mengiringi barisan kepimpinan masuk menghantar borang pencalonan.

Selangor Puts RM70m Into Credit Fund to Aid Poor

SHAH ALAM: Selangor has set aside RM70 million to assist the poor in the state to secure funds to carry out business activities under a micro-credit scheme.

From this amount, RM50 million has been set aside for the rural society while the balance of RM20 million will go towards aiding urban poor.

The scheme is among several mechanisms introduced by the state to free the poor from the vicious poverty cycle.

It will be put into place towards the end of the year. It will begin in Sabak Bernam before spreading to Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat and Sepang.

Initially the state will identify 50 recipients who will be awarded seed money of RM3,000 each to begin their business.
top