Bersempena dengan 1 Syawal yang mulia ini, saya bagi pihak seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Selangor, Muslimin dan Muslimat serta rakyat Malaysia amnya, dengan harapan bahawa hari yang berkat ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama insan.
Marilah kita semua meraikannya sebagai tanda kesyukuran di atas keharmonian yang telah terjalin di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan anutan agama disamping untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
Kita harus menaruh harapan bahawa bangsa Malaysia yang akan wujud suatu hari nanti akan berasaskan kepada perasaan saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Kita perlu terus gigih berusaha ke arah kemakmuran, kebebasan dan peluang serta hak saksama bagi setiap rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang merancang memandu untuk balik kampung, saya berharap mereka akan memandu dengan cermat dan berhati-hati dan saya mendoakan agar mereka sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir Batin.
0 comments:
Post a Comment