Harga Air Di Selangor Kekal

SHAH ALAM,30 SEPT:  Tiada kenaikan tarif air di Selangor. Itu tegas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)  untuk menaikkan tarif air seperti yang diumumkan  oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin .

Tegas Tan Sri Khalid, “SYABAS perlu mendapat kebenaran Kerajaan Selangor sebelum menaikkan tarif air, dan saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan kenaikan selagi rundingan penstrukturan semula industri air tidak selesai”.

Tuntutan SYABAS atas dakwaan kerugian akibat kegagalan menaikkan tarif air  tidak akan mengubah pendirian Kerajaan Negeri mengenai isu ini demi menjaga kepentingan 5 juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor dan dalam semua rundingan keutamaan adalah kepentingan pengguna, perkhidmatan air yang efisyen dengan harga yang berpatutan.

Tan Sri Khalid berkata, “Perlu ditegaskan bahawa rundingan penstrukturan semula terbantut kerana ada pihak yang tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Malah ada pihak konsesi yang menuntut pulangan keuntungan melampau sehingga 70% setiap tahun untuk proses pengambilalihan”.

Sementara itu,Kerajaan Negeri menegaskan tidak akan menswastakan keuntungan dan membiarkan harta negara menanggung kerugian  dalam industri air .

“Kajian semula kadar tarif air hanya boleh dibuat selepas proses penyusunan semula industri perkhidmatan air selesai dilakukan”. Ujar Tan Sri Khalid.


Sumber: Selangorkini

2 comments:

Ibrahim said...

Xavier and the gang,

To convince Selangorian, u must show what're ur actions if u can take over Syabas later. People wants to know what ur exit plan?

Jgn main atas angin je, bosan!

One more thing, please show us the figures, numbers and facts yg mendakwa Syabas tuntut pulangan profits up to 70%..we want to know why Syabas made that decision and what are the factors have been considered by them!

Sahlan said...

yeah, I sokong PR Selangor. But, jgn delay sangat nak restructure tu. Sampai bila rakyat nak tunggu jawapan.

MB jgn lembab sgt buat keputusan mcm isu pasir etc..

top