Showing posts with label Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Selangor. Show all posts
SHAH ALAM 11 Nov – Kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan ditambah sehari lagi, kata Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Sebelum ini lebih 4 juta beg plastik berjaya diselamatkan melalui polisi yang melarang penyediaan beg plastik percuma pada hari Sabtu dalam usaha ke arah alam sekitar yang bersih dan hijau.

“Kerajaan negeri juga akan menambah satu hari lagi untuk kempen itu,” katanya.

“Kerajaan Pusat melalui kementerian yang berkaitan dengan Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri akan menguatkuasakan Hari Tanpa Beg Plastik mulai Januari depan, kata Wong ketika Sidang DNS

Sehingga bulan lalu, 74 pasar raya dan kedai runcit menyertai kempen ini,” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu juga berkata, kajian pada Jun lalu oleh badan bebas Merdeka Center menunjukkan kira-kira 83 peratus menyokong polisi antibeg plastik.

“Mengikut kajian Merdeka Center pada Jun lalu, kira-kira 83.6 peratus menyokong usaha kerajaan Selangor melancarkan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Sabtu,” kata Wong.

3 Juta Beg Plastik Dikurangkan Sejak Januari

SHAH ALAM,19 SEPT – Kempen Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan Januari tahun ini, membabitkan 75 peruncit dan 300 cawangan pasar raya, berjaya mengurangkan penggunaan hampir 3 juta beg plastik di seluruh Selangor.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Brian Yap berkata, kempen itu berjaya mengurangkan masalah alam sekitar yang serius.

“Kempen ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan pembeli yang tidak membawa beg sendiri perlu membayar 20 sen untuk setiap beg plastik.

“Bayaran itu akan disalurkan kepada program tanggungjawab social syarikat masing-masing atau diberikan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Alam Sekitar ataupun persatuan kebajikan,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, The Store mengumumkan hasrat untuk mendermakan wang yang dikumpul kepada persatuan membantu orang buta.

Beliau berkata, bilangan penambahan hari mungkin ditingkatkan jika mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua pihak yang terlibat.
top