PETALING JAYA, 6 Feb — Pakatan Rakyat akan wujudkan Jawatankuasa Terpilih dari kalangan ahli parlimen yang mempunyai kepakaran bersabit hal pertahanan negara bagi mengelak ketirisan dan rasuah, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata, penyelewengan yang berlaku melalui pembelian senjata adalah pembaziran terbesar, dan akan diperbetulkan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau membidas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyalahkan kaedah penentuan Indeks Anti Rasuah Pertahanan yang digunakan oleh Transparency International, dan menurut Rafizi, menunjukkan kuatnya tentangan dari pemimpin tertinggi Umno terhadap langkah-langkah membanteras rasuah.
Beliau berkata, penyelewengan yang berlaku melalui pembelian senjata adalah pembaziran terbesar, dan akan diperbetulkan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau membidas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyalahkan kaedah penentuan Indeks Anti Rasuah Pertahanan yang digunakan oleh Transparency International, dan menurut Rafizi, menunjukkan kuatnya tentangan dari pemimpin tertinggi Umno terhadap langkah-langkah membanteras rasuah.
“Salah satu punca Transparency International memberi penarafan sedemikian kerana tiadanya jawatankuasa di peringkat Parlimen yang dipertanggungjawab menyemak dan memastikan strategi pembelian senjata adalah telus dan tidak membabitkan rasuah.
“Pendirian PKR bahawa penyelewengan melalui komisen, rasuah dan pembelian tidak bermutu adalah satu pembaziran terbesar yang akan diperbetulkan Pakatan Rakyat, untuk itu, pandangan membina Transparency International mengenai perkara-perkara pokok perlu dititikberatkan oleh Pakatan Rakyat,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Antara perkara pokok yang ditimbulkan oleh Transparency International ialah tiadanya jawatankuasa selia di peringkat Parlimen, yang dipertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan strategi pembelian telus dan tidak melibatkan rasuah, pembelian persenjataan yang ditentukan oleh kelompok kecil serta Akta Rahsia Rasmi yang menyekat maklumat, menyebabkan rakyat tidak boleh menilai pembelian senjata kerana ketiadaan maklumat.
Menurut Rafizi, pembelian senjata dibuat secara rahsia dan ditentukan oleh kelompok kecil, dan biasanya bukan ditentukan oleh jeneral, sebaliknya menteri tidak seharusnya berlaku kerana jeneral adalah pakar yang mana senjata lebih baik untuk negara.
“Apabila Pakatan Rakyat memerintah, kita akan pastikan jeneral-jeneral yang pakar dalam bidang pertahanan akan berada dalam Jawatankuasa Terpilih parlimen, seperti yang diamalkan oleh negara-negara Barat yang lain,” kata Rafizi.
Semalam, Ahmad Zahid membidas laporan Transparency International UK, yang memberi penarafan “D-” Kementerian Pertahanan dengan mengatakan laporan tersebut sebagai “berat sebelah”.
Menteri Pertahanan itu berkata, laporan tersebut dilaporkan dalam keadaan berbeza-beza, dengan beliau membandingkan negara ini dengan laporan dikeluarkan badan tersebut untuk Kementerian Pertahanan Singapura.
Menurut Rafizi, setiap negara memang mempunyai perbezaan, seperti perbezaan fungsi jabatan atau cara pengurusan, namun perkara asas ialah ketelusan serta sistem yang tidak korup diambil kira.
“Walaupun saya tidak tahu metadogi (cara) mereka membuat pernilaian, tetapi perkara seperti ketelusan, sistem yang tidak korup serta wujudnya perkara seperti Jawatankuasa Selia Terpilih, ini bagi saya yang perlu dititikberatkan,” kata Rafizi.
Dalam laporan tersebut, Malaysia diletakkan dalam penarafan “D-”, sama seperti negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Rusia, Kazakhstan dan Jordan.
Laporan Government Defence Anti Corruption Index yang dikeluarkan Transparency International UK itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, mengkaji kementerian pertahanan di 82 buah negara.
Australia dan Jerman menduduki dua tangga teratas dengan menerima penarafan “A”, manakala Korea Selatan dan Taiwan yang tertinggi dalam negara-negara Asia dengan mendapat penarafan “B”, sementara Jepun mendapat penarafan “C”.
Dari kalangan negara ASEAN pula, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas dengan mendapat “D+”, sementara Filipina dan Indonesia di bawah Malaysia dengan mendapat penarafan “E”.
Sumber: TheMalaysianInsider
0 comments:
Post a Comment