Kerajaan Negeri Selangor menyelar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Shah Alam kerana mengarahkan penerima-penerima bantuan mengambil pembayaran bulanan mereka di Pejabat Umno Bahagian Shah Alam pada hari ini.

Dikhabarkan majlis penyerahan bayaran tersebut pula disampaikan oleh Dato’ Haji Ahmad Nawawi Dato’ M.Zin, Ketua Umno Bahagian Shah Alam.

Kebiasaannya bayaran bulanan tersebut dikreditkan ke dalam akaun Bank Simpanan nasional (BSN) penerima bantuan.

Ini jelas menunjukkan bahawa JKM sebuah agensi kerajaan pusat telah diperalatkan oleh UMNO/BN untuk meraih undi dari kalangan penerima bantuan tersebut menjelang PRU yang semakin hampir.

JKM sepatutnya berlaku adil dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dalam hal-hal yang melibatkan kebajikan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah.

Sebelum penyampaian bayaran tersebut mereka telah diberi “taklimat” oleh beberapa orang pemimpin UMNO untuk menyokong BN dalam PRU yang akan datang.

Lebih 100 orang telah hadir ke pejabat UMNO tersebut untuk mendapatkan bayaran tersebut.

Dilampirkan salinan surat pekeliling JKM Daerah Shah Alam bertarikh 13 Februari, 2013

YB Dr. Xavier Jaykumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor


0 comments:

top