PETALING JAYA 2 FEB : Sejajar dengan misi memartabatkan institusi pendidikan anak-anak pekerja ladang, Kerajaan Negeri membina bangunan asrama untuk menempatkan anak golongan berkenaan.
Bertempat di Ijok, bangunan dua blok, tiga tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi menjamin pembelajaran lebih selesa itu dijangka siap dibina sebelum hujung tahun ini dengan kos sebanyak RM 5 juta melalui peruntukkan dari Geran Selangorku.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memaklumkan asrama terbabit menyediakan pelbagai kemudahan antaranya dewan makan, rumah warden, pejabat warden, bilik rekreasi, bilik sakit, perpustakaan dan makmal komputer yang berkeluasan lapan ekar.

Katanya, asrama itu akan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima.
Tambahnya, Pakatan Rakyat benar-benar berhasrat untuk menolong masyarakat ladang agar berjaya dalam bidang pelajaran dan bebas daripada masalah sosial dan kemiskinan.
“Asrama ini adalah pertama di Malaysia yang khusus kepada golongan pekerja ladang. Ini satu permulaan untuk meningkatkan pelajaran anak-anak pekerja ladang dan bekas pekerja.
“Kita akan memastikan mereka akan mendapat pelajaran yang terbaik. Kerajaan Negeri turut menyediakan kelas tambahan kepada pelajar. Tenaga pekerja terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam tugas pendidik,” katanya kepada pemberita.
Majlis pelancaran asrama itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan kira-kira 1,000 pekerja ladang di Bangunan Peladang, di sini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.
Dr Xavier turut tidak menolak untuk membina satu lagi asrama seperti itu di tempat lain jika mendapat persetujuan dari Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata tujuan pembinaan itu dilakukan untuk anak-anak generasi golongan itu mempunyai tempat belajar dengan persekitaran yang baik.
“Kita lancarkan di Selangor, saya harap Perdana Menteri membinanya di seluruh negara pula. Kalau beliau (PM) buang duit untuk perkara yang lain, lebih baik beliau buat asrama seperti ini,” katanya.
Bagi penduduk, P.Sumathy, 42, berkata inisiatif yang ditujukkan oleh Kerajaan Negeri itu mampu menjadikan pelajar khususnya anak pekerja ladang menjadi golongan yang berpelajaran tinggi satu masa nanti.
Selain itu, S.Thanabalan, 49, yakin dengan kemudahan yang disediakan di asrama itu dapat membuatkan pelajar-pelajar belajar dalam keadaan selesa seterusnya mempertingkatkan lagi taraf pendidikan pelajar.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, saya harap usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment