Xavier : Kerajaan Selangor Kekal Tolak Langat 2

SEMENYIH, 10 SEPT : Kerajaan Negeri berpendirian tegas tidak bersetuju dengan projek pembinaan loji air Langat 2 dan mahu penstrukturan semula air diselesaikan secara holistik.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan negeri terus berpendirian begitu walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskan pembinaan Langat 2.

“Berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan tender projek pembinaan logi air Langat 2, saya kira itu keputusan dibuat Kerajaan Persekutuan.

“Tetapi bagaimanapun akhirnya mereka perlu kembali merujuk kepada Kerajaan Negeri bagi meluluskannya,” beliau berkata demikian kepada TVSelangor di sini semalam.

Dr Xavier mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Kerajaan Pusat akan mengeluarkan tender bagi pembinaan Langat 2 tanpa persetujuan Kerajaan Selangor.

Kerajaan Selangor telah dilaporkan sebagai tidak bersetuju dengan projek Langat 2 kerana kos projek itu, iaitu RM 6 bilion, akan ditanggung pengguna melalui kenaikan harga air.

Dr Xavier yang juga Adun Sri Andalas berkata, Kerajaan Negeri
akan terus mempertahankan hak rakyat Selangor daripada dikenakan tindakan pembayaran tarif air yang tinggi.

Sumber: Selangorku

0 comments:

top