SHAH ALAM, 27 SEPT : Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dalam penggal pertama pentadbirannya sebagai Kerajaan Persekutuan.
Menurut belanjawan alternatif Pakatan 2013 yang diterbitkan semalam, gagasan itu akan melaksanakan perancangan tersebut dengan suntikan dana RM5 bilion kepada Lembaga Perumahan Negara (LPN).
Suntikan tambahan RM 2 bilion akan diberi setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima bagi menyediakan dana kewangan untuk pelaksanaan projek perumahan awam berkenaan.
Ia adalah salah satu penekanan yang akan diambil Pakatan menerusi belanjawan berjumlah RM 234 bilion yang diterbitkan semalam oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyediakan rumah mampu milik merupakan penekanan khusus yang diberikan demi membela nasib rakyat yang selama ini terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran ketika ini.
Bagi menangani masalah harga perumahan ini Pakatan merancangan untuk melaksanakan pelbagai projek perumahan mampu milik di seluruh negara yang berharga antara RM 130,000 hingga
RM 300,000.

Inisiatif rumah mampu milik akan diuruskan dengan menubuhkan LPN yang akan menggantikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilihat tidak memaikan peranan.
Pakatan juga akan mengamalkan konsep bina-dan-jual bagi mengatasi risiko perumahan terbengkalai yang telah merugikan kira-kira 79,000 pembeli.
Dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk semua projek perumahan kos sederhana rendah berharga RM 300,000 dan ke bawah.
Pakatan juga akan memperkenalkan konsep “social renting” atau penyewaan untuk tujuan sosial bagi memenuhi keperluan perumahan untuk golongan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan.
Di samping itu, konsep perkongsian pemilikan juga akan diperkenalkan untuk mereka yang kurang kemampuan kewangan untuk membeli rumah.
Di bawah konsep ini, pembeli akan memiliki 25 peratus daripada harga rumah, manakala nilai yang selebihnya, iaitu 75 peratus, akan dimiliki oleh agensi kerajaan.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment