Kenyataan Media YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor
Pahang Boleh Guna Sendiri Air Mentahnya
Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan dan menyokong penuh cadangan Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor kerana Selangor sendiri tidak memerlukan air mentah dari Pahang.
Kerajaan Selangor berpendapat ‘idea’ pemindahan air mentah dari Sungai Semantan di Karak, Pahang ke Taman Perkasa, Hulu Langat di Selangor melalui terowong sepanjang 44.6 km di bawah banjaran Titiwangsa tersebut hanyalah untuk “memberikan kerja-kerja kontrak” dan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni UMNO / BN dan bukannya demi kepentingan rakyat Selangor.
Yang jelas Kerajaan Persekutuan tidak pula membuka tender bagi kerja-kerja tersebut yang bernilai 3.936 Bilion ini sebaliknya heboh menjaja kononnya mereka ‘telus’ membuka tender bagi kerja-kerja pembinaan Loji Langat 2 baru-baru ini.
Kita juga mempertikaikan bagaimana kononnya ‘pakar-pakar perancang’ dari Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air tidak terfikir langsung bahawa mereka sebenarnya memindahkan air mentah (air Sungai Sementan yang berwarna teh susu) sejauh 44.6 km sekadar untuk diproses dan dirawat oleh sebuah loji di Hulu Langat, Selangor.
Rakyat Selangor harus tahu bahawa mereka terpaksa membayar RM80 juta setahun (berdasarkan sumber ensiklopedia Wikipedia) bagi mendapatkan air sungai Semantan berwarna teh susu tersebut yang berharga 10 sen bagi setiap meter padu.
Pada kita ianya merupakan rahmat “blessing in disguise” sekiranya Kerajaan Pahang benar-benar ingin membatalkan perjanjian tersebut.
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : 24 September, 2012

0 comments:
Post a Comment