Isu Penyaluran Air Mentah Dari Pahang ke Selangor

Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah  dari Pahang ke Selangor kerana kita melihat ianya dapat "memberhentikan" pemusnahan alam sekitar dan pengambilan tanah keringat dan titik peluh rakyat Pahang.
Untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor ini dua buah empangan baru iaitu Empangan Kelau dan Empangan Muka Sauk dan Stesen Pam Semantan dibina di sebelah Pahang bagi tujuan tersebut. 
Paip dan terowong yang menghubungkan kedua-dua empangan ini  akan melalui ladang getah, ladang kelapa sawit, bukit yang curam dan kawasan berhutan Banjaran Titiwangsa seperti Hutan Simpan Kekal Lakum.
Kesan dari projek tersebut ialah :-
a) 1,057 hektar Hutan Simpan Kekal Lakum akan tenggelam. Hutan ini adalah habitat hidupan liar seperti monyet spesies dusky leaf, badak sumbu dan burung enggang hitam.
b) Tanah rizab orang Asli yang penuh flora dan fauna akan tenggelam.
 c) Penduduk Felda MempagaFelda KelauRancangan Tanah Pemuda dan 13,000 orang Asli suku Temuan di Bentong akan turut tenggelam. 
dFelda Lembah KelauRTP Kelau dan perkampungan orang Asli Sungai Temir bakal ditenggelamkan.
Melihat kepada kemusnahan alam sekitar yang dasyat ini kita berpendapat bahawa Adnan Yaakob , Menteri Besar Pahang sewajarnya lebih prihatin terhadap kepentingan rakyat Pahang melebihi kepentingan 'berniaga menjual air Pahang' sekadar mendapat pulangan royalti air sebanyak RM80 juta setahun dari wang rakyat  Selangor.
Walaubagaimanapun kita nasihatkan agar rakyat jangan terpedaya dengan mainan politik MB Pahang tersebut. Kita melihat bahawa beliau sedang memberi isyarat untuk memberi tekanan kepada PM Najib Tun Razak dalam sesuatu agenda politiknya.
Harus diingat rakan golf Najib di George Kent Bhd telah diberikan kontrak dalam pembinaan Empangan Kelau  dan stesen Pam Semantan tersebut.   

YB Dr. Xavier Jayakumar
Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor 

Rabu 26 September 2012

0 comments:

top