SHAH ALAM,19 SEPT : Kementerian Pendidikan didesak untuk membuat penilaian semula terhadap cadangan memansuhkan kelas peralihan di dalam sekolah menengah.
Exco Kanan Selangor Teresa Kok berkata kelas peralihan ini adalah untuk memastikan pelajar daripada sekolah rendah jenis kebangsaan dapat menyesuaikan diri apabila melangkah ke peringkat awal menengah.
Cadangan tersebut terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan 2013- 2025 yang dibentangkan Kementerian Pelajaran baru-baru ini.
Kementerian tersebut mencadangkan agar murid darjah empat di sekolah jenis Cina dan Tamil mempelajari silibus pelajaran yang sama dengan Sekolah Kebangsaan.
“Cadangan ini pastinya tidak rasional dan akan membebankan pelajar yang berumur 10 tahun untuk menguasai tiga jenis bahasa dengan baik dalam satu-satu masa,” kata Teresa di dalam satu kenyataan media.

Ujar beliau lagi,masalah akan timbul untuk melaksanakan dasar ini kerana ianya akan memerlukan lebih banyak guru dan akan berlaku kekurangan waktu pelajaran di kelas.
“Ia tidak dapat diterima bahawa Kementerian Pelajaran terus selalu membuat perubahan dasar, dan lebih teruk lagi, polisi itu sering bertentangan antara satu sama lain,” katanya.
Tambah Teresa, para guru dan pelajar akan terus dalam keadaan keliru dan ketidaktentuaan apabila perubahan mendadak dilakukan dalam sistem pendidikan negara.
“Kementerian Pelajaran digesa untuk memberikan tumpuan kepada isu keciciran pelajar yang tinggi di sekolah menengah rendah terutama di sekolah-sekolah yang Bahasa Melayu bukan sebagai bahasa penghantar utama,” katanya.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment