KENYATAAN MEDIA
17 Julai 2012

Dr. Xavier Jayakumar , EXCO Negeri Selangor telah melakukan lawatan mengejut ke Empangan Semenyih tengahari tadi dan mendapati bahawa paras air adalah di paras maksima melebihi 111.00 meter sama seperti carta di atas. (lihat foto P1150304 dan P1150385)

Beliau juga telah diberi taklimat oleh Encik Ahmad Rosli, pengurus Abass Konsortium , syarikat operator empangan tersebut yang mengatakan bahawa paras air adalah sentiasa penuh hingga melempah-lempah. Setakat hari ini empangan tersebut tidak pernah melepaskan air takungannya sejak tahun lepas lagi kerana tidak menerima sebarang permintaan dari Loji Rawatan Air di hiliran sungai. Ini bermakna air di dalam Sungai Semenyih itu sendiri telah mencukupi untuk kegunaan Loji tersebut sepanjang tahun lepas tanpa perlu mendapat air dari Empangan Semenyih.

Dr. Xavier juga membidas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Mohd Hassan yang disiarkan oleh TV3 beberapa hari yang lalu yang secara sinisnya mengatakan bahawa Negeri Sembilan akan menjual air kepada Selangor tetapi bukan dengan harga yang murah sekiranya Negeri Sembilan mempunyai air yang berlebihan.

Kerajaan Selangor ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak pernah 'terfikir' langsung untuk mendapatkan air dari Negeri Sembilan jauh sekali untuk membeli air dari negeri tersebut kerana negeri Selangor sendiri mempunyai 7 buah empangan yang mempunyai takungan air mentah yang banyak selain mempunyai sumber air altenatif yang lebih menjimatkan dari segi ekonomi.

Kita menasihatkan Mohd Hassan jangan cuba mendapatkan populariti murahan untuk turut 'menyibuk' untuk bercakap tentang isu air di Selangor. Kita harap beliau fokus dan mengambil berat tentang masalah gangguan air di Kuala Pilah, Bahau , Jempol beberapa kawasan lain yang sering mengalami ketiadaan air sejak beberapa bulan kebelakangan ini.    

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

5 comments:

KoSong Cafe said...

Do you mean 'dam'?

azhar said...

Saya adalah salah seorang penduduk di Shah Alam yang sangat prihatin dgn isu air terawat yang dihebohkan olih UMNO/BN dan SYABAS. Saya pohon kerajaan negeri Selangor agar mengeluarkan kenyataan dan disokong dgn data berkenaan pengurusan air yang tidak efisen di Selangor olih SYABAS. Sebagai penduduk, kerap kali saya melihat paip air pecah( leakage) yang tidak dipedulikankan olih pihak SYABAS.

Jika ada data yang menunjukkan kuantiti kegunaan air di Selangor berbanding air yang dirawat di semua logi air, sudah pasti dapat menujukkan pengurusan yang tidak cekap olih SYABAS.

Saya harap pihak kerajaan negeri dapat membuktikan pengurusan SYABAS yang tidak cekap ini secepat mungkin untuk menutup segala tomahan yang di suarakan.

Sekian terima kasih,

Penduduk seksyen 13 Shah Alam

Anonymous said...

Another major con unearthed by PR.
Whatelse is BN going to cuba CON??

Joshua.M said...

Selangor state goverment at it's best. Great move by YB and team.

i seriously hope that every state will feel this type governing after the next PRU.

Again thanks for everything YB and team.

Johnson Victor said...

Tetapi, masalah yang saya fikirkan adalah kekotoran air tersebut. Isi rumah terpaksa membelanjakan sehingga RM2000 untuk memasang Water Filter indoor & outdoor. Tanpanya, tangki air begitu kotor! Lagi pula terpaksa bayar bil Indah Water untuk rawatan air. Begitu banyak mesin-mesin pembekal air minuman dipasang di seluruh Selangor - Menunjukkan rakyat Selangor 'membayar' untuk air minuman!

top