Sempena menjelang tibanya Ramadhan Al Mubarak 1433 Hijrah, saya dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada.

Dalam menyambut ketibaan bulan Ramadhan ini, pasti ramai yang sedang merancang persiapan.  Di dalam kesibukan berbelanja, marilah kita menerapkan nilai-nilai berjimat cermat memandangkan harga barangan keperluan yang kian meningkat.  Saya yakin, dengan ibadah dan tarbiah di bulan Ramadhan sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan untuk kita terapkan nilai murni ini.   Kepada mereka yang  akan memulakan perjalanan jauh untuk menyambutnya di kampung halaman, rancanglah perjalanan dengan baik dan memandu secara berhemah.  Semoga Ramadhan dan hari lebaran disambut dengan penuh kegembiraan.

Untuk seluruh rakyat Selangor, saya dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan dan dokongan anda.  Kerajaan negeri telah berjaya melakukan banyak perubahan sepanjang hampir lima tahun pentadbiran dan akan terus berusaha demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

YB Dr Xavier Jayakumamar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

0 comments:

top