SUBANG JAYA, 3 JUL : Tahap pendidikan rendah di beberapa lapisan masyarakat merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar di Selangor.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, kemiskinan berlaku kerana kekangan wang seperti pendapatan keluarga kurang daripada RM1,500 sebulan dan saiz keluarga yang besar.
Beliau berkata, peluang pendidikan yang ditawarkan kerajaan pusat juga hanya tertumpu kepada golongan cerdik pandai dan yang berada, manakala golongan kurang berkemampuan seolah-olah diabaikan.
“Situasi yang dapat kita lihat sekarang ialah kalau seseorang pelajar itu mendapat keputusan cemerlang, secara automatiknya dia akan menerima pendidikan di peringkat yang lebih tinggi, secara percuma (kemasukan ke asrama penuh dan IPTA).
“Manakala anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang dipinggirkan.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan memulakan usaha untuk membantu pelajar lemah ini supaya mereka juga dapat menerima pendidikan yang setaraf dengan pelajar-pelajar lain.
“Bagaimanapun ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan,” katanya.
Dr Xavier berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja “Kemiskinan Isi Rumah Bandar dan Luar Bandar Negeri Selangor” sempena Dialog Bajet Selangor 2013 di Hotel Grand Dorsett di sini pagi tadi.
Dialog yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan mendapatkan pandangan awam bagi menetapkan hala tuju Bajet Selangor 2013.
Thema Bajet Selangor 2013 adalah ke arah melestarikan Selangor sebagai negeri maju yang terus menerajui ekonomi Malaysia.
Sementara itu, pensyarah Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Ghani Md Nor menambah, insiden kemiskinan turut dipengaruhi faktor seperti pekerjaan makan gaji berproduktiviti rendah, ketua isi rumah atau ibu tunggal yang tidak berupaya bekerja.
“Kebanyakan mereka bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh pihak luar, namun hanya sebilangan kecil yang menerima bantuan.
“Ekoran daripada ini, mereka akan menghadapi tekanan kewangan dan menjejaskan hubungan kekeluargaan dalam jangka masa pendek,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment