Prestasi pelaburan Negeri Selangor bagi bulan Januari hingga September 2010 sangat baik dan memberangsangkan dengan jumlah pelaburan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM6,533,240,380 bilion (RM6.533 billion).

Sebanyak RM2,757,574,800 bilion (RM2.757 billion) atau 42 peratus merupakan pelaburan tempatan manakala 58 peratus atau RM3,775,665,580 bilion (RM3.775 billion) adalah pelaburan asing.

Jumlah pelaburan ini melibatkan sebanyak 245 projek yang telah diluluskan dan mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan.

Sebanyak 38% atau 154 projek ini adalah projek baru dengan nilai pelaburan melebihi RM2.519 bilion. Manakala, 91 buah projek atau 62% merupakan projek pembesaran dan pelbagaian dengan nilai pelaburan melebihi RM4.013 bilion.

Dengan jumlah pelaburan ini, Selangor mendahului negeri lain di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak 31% jumlah keseluruhan pelaburan negara diikuti Johor dan Pulau Pinang.

Pelabur Jepun penyumbang terbesar dengan pelaburan melebihi RM1.884 bilion diikuti Cayman Islands dengan RM531.6 juta dan Singapura melebihi RM393.664 juta. Bagaimanapun, dari segi bilangan projek, Singapura mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19 projek.

Jumlah pelaburan sepanjang tempoh Januari hingga September 2010 ini melebihi nilai pelaburan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2009. Pada 2009, Negeri selangor berjaya memperoleh 138 projek dengan pelaburan RM2.718 bilion dan menyediakan 11,059 peluang pekerjaan.

Peningkatan jumlah pelaburan ini membuktikan keyakinan pelaburan terhadap Negeri Selangor  sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia.

Kerajaan Negeri akan terus mengambil langkah pro-aktif dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan  perindustrian sedia ada.

Anak syarikat Kerajaan Negeri, SSIC Berhad (Selangor State Investment Centre) juga sering mengadakan pertemuan-pertemuan dengan para pelabur bagi berbincang secara terus berhubung isu dan masalah yang dihadapi oleh para pelabur untuk diselesaikan segera.

Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan lagi usaha mempromosi selangor sebagai negeri perindustrian dan pelaburan dalam memastikan sektor ini terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pencapaian ekonomi negeri seterusnya berjaya mencapai prestasi pelaburan yang disasarkan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

0 comments:

top