Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua rakyat di negeri Selangor khususnya dan semua rakyat diseluruh Malaysia amnya.
Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun 2010 seperti tahun-tahun sebelumnya semenjak diberi mandat untuk mentadbir negeri Selangor, Pakatan Rakyat telah dan sentiasa bersunguh-sungguh menjalankan pelbagai program berorientasikan kebajikan pembelaan nasib rakyat di negeri ini. Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Namun begitu, saya dan rakan-rakan seperjuangan, berpendapat apa yang telah dicapai masih lagi tidak mencukupi. Kami akan terus bekerja keras dalam memastikan kebajikan rakyat di negeri ini dijaga dan diberi perhatian sebaik mungkin.
Dengan bekerja keras dan usaha berterusan inilah saja saya percaya apa yang diidamkan oleh rakyat dapat dicapai. Oleh yang demikian ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri serta semua ahli parti Pakatan Rakyat yang sama-sama menjayakan program sepanjang tahun 2010. Saya berharap usaha dan komitmen yang anda semua tunjukkan pada tahun 2010 akan terus ditunjukkan pada tahun 2011. Ingatlah apa yang kita usahakan selama ini adalah demi masa depan rakyat yang lebih baik.
Kepada semua rakyat di negeri Selangor, saya ucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan yang anda semua berikan. Saya yakin walaupun ada pihak yang sentiasa cuba memperlekeh usaha Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan sebaiknya, namun rakyat kini semakin bijak menilai dan membuat keputusan. Semoga pada tahun 2011, rakyat di negeri Selangor terus dilimpahkan dengan segala kesejahteraan dan kemakmuran. Sekali lagi, terima kasih atas segala sokongan yang anda semua berikan.
Sekian, Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.
DR XAVIER JAYAKUMAR

0 comments:
Post a Comment