YB Xavier Mengambil Pendekatan 2 Pihak




Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar turun padang bersama pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Klang untuk mendengar sendiri masalah kebersihan sekitar Seri Andalas.

Dr Xavier berkata pihaknya mahu melihat sendiri betapa seriusnya masalah sampah yang telah menjejaskan kehidupan warga Seri Andalas.

“Kita dapat banyak aduan, tentang pembersihan sampah dan sebagainya, tapi lebih baik kita turun bersama-sama dan tengok keadaan di bawah dan mereka boleh bagi maklum balas dan isu-isu dikawasan itu.”

Beliau turut mengulas dengan lawatan ini, beliau boleh mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan seperti berapa kali mereka membersihkan kawasan dan siapa yang menjaga kawasan tersebut.



“Yang kita terima aduan dari penduduk keseluruhan bukan sahaja di dalam kawasan ini tetapi keseluruhan di negeri Selangor, 3 sahaja isu iaitu mengutip sampah, pembersihan kawasan, pembersihan longkang, longkang tersumbat dan sebagainya.”

Dengan lawatan ini juga beliau berasa mendapat gambaran yang lebih jelas dan boleh menjawab apa yang diadu dan penduduk akan berasa senang hati apabila masalah ini dapat diatasi.

“Saya nak kata disini juga, kita kene bekerjasama dengan penduduk, penduduk kena bagi kerjasama dengan kita, memang kita ada pegawai kita dan dorang tau apa kerja apa yang kena lakukan tetapi penduduk tak bagi kerjasama dengan kita, memang masalah ini tidak boleh diatasi”

Beliau menambah, cadangan untuk membina tadahan kolam untuk mengatasi masalah banjir sedang dirangka di kawasan Taman Sentosa kerana mengalami masalah banjir yang teruk disitu.

0 comments:

top