Thaipusam Warnai Selangor Shine




Kerajaan Selangor akan memperkenalkan logo kempen Selangor Shine sempena Tahun Melawat Selangor tahun ini.

Bersempena dengan kempen itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan pelbagai program kebudayaan antaranya Majlis Thaipusam yang akan diadakan di Batu Caves dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang dan syarikat telekomunikasi, DIGI.

"Tahun ini yang dimaklumkan ialah Tahun Melawat Negeri Selangor, so kita ada logo baru untuk negeri Selangor yang kata Selangor Shine. Dan logo ini kita ada di dalam semua bahasa . In English ia bermakna Selangor Shine. Logo itu akan dipamerkan pada 29hb dengan perayaan Thaipussam." katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pesta Ponggal MPS di Batu Caves, pagi tadi.

Sementara itu, Dr Xavier turut mengumumkan pesta Thaipusam bagi tahun ini akan bermula dari 29 dan 30 Januari bermula jam 4 petang hingga 2 pagi.

Acara ini akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Harapan saya ialah bahawa orang-orang yang akan datang dari seluruh Malaysia. Marilah beramai-ramai meraikan Hari Thaipusam. Dan selepas itu mereka tolong beri tumpuan kepada pameran-pameran yang kita adakan disini. Saya minta mereka menjaga keselamatan mereka dan waktu perayaan
kena jaga anak-anak mereka." ujarnya lagi.

0 comments:

top