Response from CHILD, EWRF & Tamil Foundation


Kami merujuk kepada laporan Sinar (9.1.10, muka surat S19) yang bertajuk ‘MINTA SIASAT ISU PERUNTUKAN PENDIDIKAN’.

1. Laporan tersebut tidak jelas. Setakat yang mana boleh difahami daripada laporan tersebut adalah tohmahan niat jahat secara umum untuk memburukkan ataupun mencemarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan YB Dr Xavier Jayakumar yang terlibat dalam program-program untuk membangunkan sekolah-sekolah Tamil di Negeri Selangor.

2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru berkenaan dalam laporan boleh mengubungi mana-mana badan NGO untuk mendapatkan maklumat berkenaan program yang sedang dijalankan di sekolah mereka. Badan-badan NGO sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk menghubungi sekolah-sekolah Tamil melalui persuratan,
pengumuman melalaui surat khabar Tamil, radio dan telivisyen.



3. Mengikut aktivis sosial Encik A. Prakash, beliau hanya diminta untuk menghadirisuatu sidang akbar dan tidak sedar fakta sebenar berkenaan dengan peruntukkan ataupun program-program untuk sekolah Tamil yang dijalankan oleh badan-badan NGO. Pada masa sidang akbar beliau diberi “maklumat” bertulis oleh penganjur bernama Encik Murali yang mengkandungi tohmahan niat jahat secara umum untuk memburukkan dan mencemarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan YB Dr Xavier Jayakumar. (Arumugam menghubungi Encik Prakash pada pukul 6.40 petang 10.01.10 dan mendapatkan maklumat tersebut. Encik Prakash juga bersetuju bahawa beliau tidak sedar maklumat sebenar pada waktu tersebut).

4. Mengikut aktivis sosial Encik A. Prakash, beliau hanya diminta untuk menghadiri suatu sidang akbar dan tidak sedar fakta sebenar berkenaan dengan peruntukkan ataupun program-program untuk sekolah Tamil yang dijalankan oleh badan-badan NGO. Pada masa sidang akbar beliau diberi “maklumat” bertulis oleh penganjur bernama Encik Murali yang mengkandungi tohmahan niat jahat secara umum untuk memburukkan dan mencemarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan YB Dr Xavier Jayakumar. (Arumugam menghubungi Encik Prakash pada pukul 6.40 petang 10.01.10 dan mendapatkan maklumat tersebut. Encik Prakash juga bersetuju bahawa beliau tidak sedar maklumat sebenar pada waktu tersebut)

5. Untuk maklumat media, berikut adalah fakta sebenar:

A. Jumlah peruntukkan kepada tiga badan NGO adalah RM 1,588,380. Child Information Learning Development Centre (CHILD) menerima RM805,144, Educational Welfare and Research Foundation (EWRF) menerima RM 358.257 dan Tamil Foundation menerima RM 424,980. Sila layari laman web NGO untuk maklumat berkenaan NGO masing-masing.

B. Program-program yang dijalankan oleh ketiga-tiga NGO melibat kesemua 97 sekolah Tamil di Selangor. Setiap sekolah Tamil di Selangor terlibat secara langsung dalam sekurang-kurang satu program. Program-program yang dijalankan adalah seperti berikut:

1) Prasekolah
Mendirikan 15 kelas prasekolah. Jumlah anggaran kos untuk perlaksanaan projek adalah RM 900,000 ribu dan peruntukkan kerajaan negeri adalah RM 498,000 sahaja.

2) Slow Learners Program
Ini adalah program pemulihan penuh dengan buku teks khas kepada muridmurid yang lemah. Sejumlah 20 sekolah dimana 891 murid dan 20 guru terlibat. Tempoh adalah selama 7 bulan. Kos peruntukkan RM101,520.

3) Reading and Writing
Program ini melibatkan kegunaan buku siri ‘Lady Birds’. Sejumlah 25 sekolah dengan 3,730 murid dan 30 orang guru terlibat. Kos peruntukkan RM 55,300.

4) Comprehensive Integrated Tamil School Program
Program ini dijalankan selepas sekolah untuk murid-murid didrajah 4,5 dan 6 serta bimbingan motivasi kepada ibu bapa. Sejumlah 5 sekolah dengan 504 murid dan 30 guru terlibat. Peruntukkan RM 109,835.

5) English for Juniors
English fun program untuk mengiatkan penguasaan Inggeris. Dijalankan setiap hari sabtu untuk 7 bulan. Sejumlah 1,000 Murid dari 19 sekolah dan 64 sukarelawan terlibat. Peruntukkan RM109,986.

6) Majalah Elanthalir
Ini adalah Majalah dalam tiga bahasa untuk menambahkan pengetahuan serta menanam tabiat membaca dalam kalangan murid. Majalah ini diberi percuma kepada semua murid-murid dari Darjah 4,5 dan 6 kesemua 97 sekolah Tamil di Selangor. Sehingga kini, 4 edaran berjumlah 70,000 buku telah diedarkan kepada 17,000 murid. Peruntukkan RM 161,871. Satu lagi siri akan diedarkan pada hujung Januari 2010.

7) Tamil school survey
Ini adalah kajian ukur tanah sekolah Tamil bantuan modal. Sekolah Tamil yang menghadapi masalah tanah memerlukan ukur tanah terperinci untuk kepastian. Sejumalah 61 buah sekolah terlibat. Peruntukkan RM86,400.

8) Young Nature Campers
Ini adalah aktiviti pemulihan dan kesedaran alam sekitar dijalankan untuk 2 hari 1 malam di FRIM dan Kuala Selangor Nature Park. Sejumlah 565 murid daripada 13 sekolah telah mengambil bahagian. Peruntukkan RM64,800.

9) Parents Assuring Students Success (PASS)
Ini adalah sama seperti program PASS dicipta oleh Dr John R. Ban, untuk ibubapa anak-anak terbiar di Indiana, USA. Kursus dijalankan untuk 402 ibubapa dari 9 sekolah selama 3 bulan. Peruntukkan RM90,180.

10) Total Immersion Camp
Program ini terbuka kepada murid lepasan UPSR. Mereka menyelami diri selama 21 hari dalam kem Inggeris. Sejumlah 546 murid dan lebih daripada 200 pembantu mengambil bahagian. Peruntukkan RM270,000.

C. Program-program seperti di atas memerlukan lebih wang daripada yang di peruntukkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Wang selebihnya adalah tanggungjawab badan NGO yang menggendalikan program masingmasing.

D. Kesemua program tersebut diatas menerima sambutan yang baik oleh semua sekolah dan semua PIBG kecuali suatu pengerusi PIBG di Subang Jaya.

E. Pada keseluruhannya, seramai 24,536 murid dan 289 buah sekolah telah menerima menafaat melalui semua program-program yang dijalankan oleh badan-badan NGO yang terlibat. Sekolah yang mempunyai keperluan terlampau mengambil bahagian dalm lebih daripada satu program.

6. Kami juga ingin maklumkan bahawa, program-program seperti diatas adalah hasil daripada suatu kajian yang dijalankan oleh badan NGO dari bulan Julai –November 2008 keatas masalah dan keperluan sekolah-sekolah Tamil di Selangor. Pada bulan Disember 2008 suatu cadagan terperinci mengandungi program-program tersebut dibentangkan kepada kerajaan negeri Selangor. Dato’ Menteri Besar meluluskan semua program-program pada awal tahun 2009.

7. Badan-badan NGO sentiasa peka kepada pandangan awam, khususnya daripada pihak sekolah dan murid dan sanggup merima ulasan atau kritik positif terhadap kesemua program untuk membaiki kandungan, proses perlaksanaan dan implimentasi. Tetapi laporan dalam akbar Sinar memburukkan badan-badan 8 Young Nature Campers Ini adalah aktiviti pemulihan dan kesedaran alam sekitar dijalankan untuk 2 hari 1 malam di FRIM dan Kuala Selangor Nature Park. Sejumlah 565 murid daripada 13 sekolah telah mengambil bahagian. Peruntukkan RM64,800. NGO, yang bertungkus lumus berusha untuk membangunkan sekolah Tamil di Selangor, hanya memfaedahkan pihak yang bermotif buruk dan niat jahat. Pihak yang terlibat dalam protes langsung memahami program kami dan kelihatan mereka diperalatkan oleh gologan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kemajuan dan pembangunan sekolah Tamil di Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor.

8. Dari segi akaun dan kegunaan dana, setiap NGO mempuyai sistem audit bertauliah tersendiri. Kesemua kegiatan dan aktiviti adalah trasparen dan telus. Kami sentiasa bersedia untuk disiasati oleh kerjaan negeri Selangor ataupun badan pencegah rasuah.

9. Kami juga ingin maklumkan bahawa, ini adalah kali yang ketiga kami memberi penjelasan kepada pihak media terhadap tohmahan dan pencemaran keatas kami oleh pihak yang sama.



2 comments:

karthikeyan said...

The Indian society know hoe effective is EWRF. They have done wonderful job in upbringing indian students education achievement without any favour from the governme

Just don't bother about these igonarant minds whjo has nothing else to do other than troubling others for doing a good job.

A kudos to EWRF.

Anonymous said...

Hi Dr Xavier,
Finally someone is jealous of your good work!! Dont let the scoundrels get in your way. Your served and continue to serve beyond my expectation. Dont intend to carry your balls anyway...

Your swift reply to the allegation is suffice to show how good you are in your job unlike many other peoples' reps we see. My prayers are always with you... and please carry on to do what you do. God bless you and your family.

top