Program sambutan Thaipusam oleh Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada malam ini telah disabotaj oleh pihak polis.
Tindakan polis yang mengarahkan Kerajaan Negeri Selangor merobohkan pentas yang telah disiap bina adalah tidak wajar dan sangat mencurigakan. Tindakan yang dilakukan polis ini telah melampaui batas.
Kemungkinan yang boleh dijangkakan sebab pihak polis berbuat demikian adalah kerana lawatan yang akan diadakan oleh Perdana Menteri pada hari esok dalam usaha menambat hati kaum India.
Sehingga kini pihak polis masih memberi penjelasan yang tidak munasabah serta tidak memberi kerjasama yang sepatutnya.
Perancangan program sambutan perayaan Thaipusam ini telah diadakan dengan teliti dengan mengambil kira segala aspek termasuk aspek keselamatan. Ini dapat dilihat dengan kesungguhan Kerajaan Negeri dengan mengundang OCPD Gombak Abdul Rahim Abdullah serta Majlis Perbandaran Selayang dalam mesyuarat perancangan serta lawatan turun padang pada 18 Januari lepas.
Program ini telah dirancang dengan teliti, jutaan ringgit telah diperuntukkan serta promosi besar-besaran telah dibuat dan dijangkakan ribuan pengunjung akan menghadiri sambutan Thaipusam tahun ini samada dari dalam atau luar negara.
Dr Xavier kata alasan keselamatan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar semalam tidak masuk akal.
"Apa masalah keselamatan yang polis maksudkan. Ini lebih soal dendam (terhadap kerajaan negeri). Tak ada apa-apa masalah keselamatan sebab kita ada pasukan keselamatan sendiri," kata Xavier.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.
Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.
Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam. Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini," kata Dr Xavier.
Dr Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Bahkan sekiranya Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat.
Ini bukan kali pertama kerajaan negeri membina pentas atau adakan program sebegini. Kenapa tahun ini polis harus bertindak seperti ini?"
"Namun mesikpun kami tidak ada masalah dengan lawatan Perdana Menteri, polis bertindak sombong merobohkan pentas kami tanpa sebarang alasan kukuh," tambah beliau.
0 comments:
Post a Comment