Showing posts with label Salah Guna Kuasa Polis. Show all posts
Showing posts with label Salah Guna Kuasa Polis. Show all posts

Polis Jangan Campur Dalam Politik

Kerajaan negeri Selangor menggesa pihak polis untuk tidak mencampuri urusan politik negara kerana ia boleh menjejaskan profesionalisma polis dan menghakis keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasaan itu.

Exco Dr Xavier Jayakumar berharap kejadian seperti insiden perobohan paksa pada sambutan Thaipusam di Batu Caves semalam tidak berulang-lagi di masa hadapan.

"Saya harap tahun hadapan yang akan datang kita akan ada bincang dengan lebih rapat dengan polis. Kalau dari mula polis kata tak boleh tak apa. Di sini polis tunggu sampai saat-saat yang terakhir untuk beritahu dengan kita, tidak boleh buat ini, tidak boleh buat itu, itu saya tidak boleh terimalah," kata Xavier.



Ribuan rakyat Selangor hadir pada majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor di Batu Caves malam tadi, meskipun polis mengenakan kekangan yang dilihat sebagai cubaan langsung untuk menggagalkan majlis itu.

Polis merobohkan sebuah pentas yang didirikan oleh kerajaan negeri untuk majlis berkenaan, setelah memberi kelulusan terlebih dahulu. 

Tindakan polis itu dikaitkan kepada cubaan memastikan rakyat hanya hadir untuk  lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu malam tadi dan memulau majlis anjuran kerajaan negeri yang di atur jauh lebih awal. 
Program  sambutan Thaipusam oleh Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada malam ini  telah disabotaj  oleh  pihak  polis.

Tindakan polis yang mengarahkan Kerajaan Negeri Selangor merobohkan pentas yang telah disiap bina adalah tidak wajar dan sangat mencurigakan.  Tindakan yang dilakukan polis ini telah melampaui batas.

Kemungkinan yang boleh dijangkakan sebab pihak polis berbuat demikian adalah kerana lawatan yang akan diadakan oleh Perdana Menteri pada hari esok dalam usaha menambat hati kaum India.

Sehingga kini pihak polis masih memberi penjelasan yang tidak munasabah serta tidak memberi kerjasama yang sepatutnya.

Perancangan program sambutan perayaan Thaipusam ini telah diadakan dengan teliti dengan mengambil kira segala aspek termasuk aspek keselamatan. Ini dapat dilihat dengan kesungguhan Kerajaan Negeri dengan mengundang OCPD Gombak Abdul Rahim Abdullah serta Majlis Perbandaran Selayang dalam mesyuarat perancangan serta lawatan turun padang pada 18 Januari lepas.

Program ini telah dirancang dengan teliti, jutaan ringgit telah diperuntukkan serta promosi besar-besaran telah dibuat dan dijangkakan ribuan pengunjung akan menghadiri sambutan Thaipusam tahun ini samada dari dalam atau luar negara.

Dr Xavier kata alasan keselamatan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar semalam tidak masuk akal.

"Apa masalah keselamatan yang polis maksudkan. Ini lebih soal dendam (terhadap kerajaan negeri). Tak ada apa-apa masalah keselamatan sebab kita ada pasukan keselamatan sendiri," kata Xavier.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.

Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.

Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam. Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini," kata Dr Xavier.

Dr Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Bahkan sekiranya Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat.
 
Ini bukan kali pertama kerajaan negeri membina pentas atau adakan program sebegini. Kenapa tahun ini polis harus bertindak seperti ini?"

"Namun mesikpun kami tidak ada masalah dengan lawatan Perdana Menteri, polis bertindak sombong merobohkan pentas kami tanpa sebarang alasan kukuh," tambah beliau.

Charles Santiago: Polis Perlu Elak Salah Guna Kuasa

Shah Alam, 23 Jun 2009 - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan tindakan Polis menarik balik permit majlis makan malam dan ceramah DAP Klang pada saat akhir dengan alasan keselamatan sebagai tidak efisien dan tidak munasabah.

Menurutnya, penarikan permit berkenaan dibuat atas desakan Barisan Nasional (BN) bagi menghalang pihaknya mendedahkan kepada rakyat mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Katanya, polis seharusnya bersifat bebas tanpa mendengar desakan daripada mana-mana pihak dalam membuat sebarang keputusan dan tidak dijadikan alat parti politik.

"Saya minta permit pada 17 Jun lalu dan diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof namun Jumaat lalu saya mendapat surat mengatakan permit berkenaan dibatalkan dengan alasan keselamatan."

"Majlis berkenaan hanya untuk memberi jamuan kepada rakyat sempena sambutan Hari Bapa dan ulang tahun ke-43 DAP Klang. Tindakan polis menghalang kami menjamu rakyat adalah tidak munasabah."

"Mereka kata permit ditarik balik atas alasan keselamatan, tindakan ini berunsur yang menjadikan polis alat untuk kepentingan mereka. BN menggunakan polis yang seharusnya bebas dan bukannya mendengar arahan mana-mana parti politik."

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan polis menarik balik permit majlis makan malam dan ceramah DAP Klang anjurannya kelmarin.

Berikut adalah kronologi kejadian pada hari Ahad tersebut:

4:45pm
7 trak FRU dan 2 water cannon diletakkan dalam keadaan sedia berhampiran Pejabat Ahli Parlimen Klang.

4:55pm
Polis menutup jalan masuk ke kawasan jamuan makan malam DAP

5:35pm
Charles Santiago dan Tee Boon Hock mengadakan rundingan dengan polis. Menghubungi CPO selangor tetapi tidak jawab, OCPD Klang menyatakan bahawa beliau perlu berbincang dahulu dengan CPO.

6:15pm
8 trak FRU berhenti dan berada dalam keadaan sedia dihadapan Pejabat Ahli Parlimen Klang.

6:20pm
Pihak polis merampas PA system.

7:25pm
YB Ronnie Liu tiba. Ramai orang datang menunjukkan sokongan, FRU mengekang orang ramai daripada menghampiri.

7:40pm
Charles santiago, Ronnie Liu, Ean Yong mengadakan sidang akhbar, 300 orang hadir.

8:00pm
Akhirnya, orang ramai diberi jamuan.

8:05pm
Beribu rakyat Klang melintasi kekangan polis untuk menyertai Charles, Lim Kit Siang untuk jamuan makan DAP.

Berikutan kejadian tersebut YB Charles Santiago telah memberi notis kepada Dewan Rakyat bagi membincangkan kepentingan orang ramai serta meminta Perdana Menteri supaya membawa reformasi secara keseluruhan terhadap Polis Di Raja Malaysia.

Sumber Berita:
votecharles.wordpress.com
Sinar Harian, 23 Jun 2009, S4
top