Perayaan Ponggal Mendidik Rasa Syukur




Rasa syukur kepada anugerah alam ciptaan Tuhan adalah nilai sejagat yang diberi penekanan khusus dalam semua agama.

Bagi masyarakat India, rasa syukur dan mengagungkan sifat rahmat Tuhan diraikan dalam perayaan Ponggal, yang disambut setiap tahun selepas musim menuai.

Bagi Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, rasa kesyukuran adalah nilai universal yang perlu diterap dan digalakkan bagi melahirkan masyarakat bermoral.

Beliau berkata demikian sejurus merasmikan sambutan Ponggal peringkat Dun Sri Andalas, Klang, pagi tadi.



Hadir seawall jam 8.30 pagi lagi ke kuil Raja Rajeswary, pemimpin kerajaan negeri Selangor ini disambut meriah sekali oleh kira-kira 300 penganut Hindu.

Beliau bersama masyarakat setempat meluangkan masa menjamu masakan tradisi acara Ponggal, iaiti nasi yang dimasak bersama manisan.

Xavier mencadangkan agar sambutan seperti ini diadakan di tempat terbuka agar rakyat semua lapisan dapat turut serta dalam suasana muhibah.

"Untuk tahun hadapan kita adakan satu kawasan di mana kita akan boleh dapatkan kerjasama dari kesemua penduduk di dalam negeri Selangor untuk datang kesatu tempat di mana kita akan adakan satu perayaan yang besar sekali. Hari ini kita ada 108 periuk, tapi kita punya cadangan untuk adakan 1008 periuk ataupun ada satu periuk yang terbesar", kata beliau.`

Kerajaan perihatin Selangor turut memperuntukkan RM20 ribu kepada kuil Raja Rajeswary bagi menganjurkan program sambutan Ponggal untuk memelihara semangat kebudayaan kaum India.

Beliau berkata, "Sumbangan ini dari negeri. Kita ada sumbangan terhad kepada program-program macam ini. Negeri memberi sumbangan kepada kuil, lepas itu kuil boleh menggunakan sumbangan ini untuk menjalankan program-program ini. Kita belanjakan hari ini dekat 20 ribu ringgit".

0 comments:

top