SHAH ALAM, 20 OGOS – Kenaikan kadar tarif elektrik baharu yang sering dinafikan pada sidang dewan rakyat lalu ternyata bohong dan menipu rakyat, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan meneruskan cadangan pelarasan tarif  elektrik baharu ini, ia merupakan hadiah BN kepada rakyat setelah memenangai Pilihanraya Umum 13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini sejurus kenaikan tarif elektrik baharu dan keadaan ini membebankan rakyat.

“Perkara ini di bangkitkan dalam sidang parlimen yang lalu, tetapi dinafikan yang akhirnya kita dapat lihat sekarang cadangan kenaikan tarif elektrik ini bakal di laksanakan.

Tarif naik dan dikatakan tidak membebankan itu adalah menipu. Apa sahaja yang meningkat, akan membebankan rakyat. Gaji tak naik, kos sara hidup tinggi, semestinya harga barang juga akan naik selepas naiknya tarif elektrik,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Tambah beliau,rakyat perlu lebih bijak di masa akan datang untuk menilai sendiri perkara sebegini.

Jelas beliau walaupun dikatakan kenaikan tarif elektrik ini memberi kesan minimum kepada pengguna domestik,tetapi dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, tiada jaminan kenaikan ini tidak membebankan pengguna.

“Inilah hadiah BN selepas pilihanraya dan mereka juga harus berhati-hati dalam memenangi hati rakyat tapi dalam masa sama di berikan satu bebanan untuk jangka masa panjang di mana rakyatlah yang terpaksa memikulnya tanpa dibantu mereka (Kerajaan),” ujar Zuraida.

Sumber: Selangorku

0 comments:

top