Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semalam bukan satu "krisis air" kerana ia telah diuruskan menjelang tengah malam, kata kerajaan negeri Selangor tadi.
NONEExco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata semua empat pusat kemasukan air telah mula kembali beroperasi awal pagi ini.
"Adakah ia satu gangguan bekalan air? Ya. Apakah tumpahan itu besar? Ya. Adakah ia satu krisis? Tidak. Kerana kita mula menguruskannya menjelang petang semalam," kata Wong.
Katanya, sebahagian besar diesel yang tumpah itu telah dipam keluar dari titik pengambilan air menjelang petang semalam, dan pihak negeri telah memastikan tidak ada lagi minyak di atas permukaan air sebelum bersetuju pam beroperasi secara berperingkat-peringkat.

"Orang ramai akan kembali mendapat bekalan air secara berperingkat hari ini. Semua pam air kembali beroperasi pada kapasiti penuh pada jam 6 pagi," katanya kepada Malaysiakini.
"Pam air ditutup pada pukul 9 pagi semalam dan semuanya kembali beroperasi secara berperingkat menjelang jam 1 pagi ini," kata Elizabeth yang meninjau kawasan pengambilan air yang terjejas dan memantau ujian air sehingga awal pagi.
Katanya, bekalan air ke Klang mungkin paling akhir pulih berbanding dengan kawasan lain yang terjejas lain kerana jaraknya dari takungan air.
"Pemulihan bekalan air bergantung kepada jarak kawasan dari takungan air. Di kawasan saya, saya mendapat bekalan air tetapi tekanannya rendah," katanya.
Menurutnya, tumpahan diesel itu datang dari sebuah syarikat dan bukan dari mana-mana lori tangki seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata syarikat itu mempunyai kontrak untuk membersih lori, termasuk lori sampah, dan membuang diesel itu ke dalam longkang. Diesel tersebut kemudiannya menjejaskan Sungai Selangor dan seterusnya titik pengambilan air.
Wong berjanji bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat terbabit.
"Kami telah menutup syarikat itu, dan saya juga telah berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri dan kami bersetuju untuk ke Pejabat Tanah secepat mungkin dan merampas tanah tersebut," katanya.
"Kami perlu melihat apa yang boleh kita lakukan di bawah majlis tempatan," katanya lagi ditambah.
Beliau juga berkata syarikat itu mungkin ditutup kerana menyebabkan tumpahan tersebut, dan akan didakwa di mahkamah oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam mengeluarkan amaran kod merah susulan tumpahan itu.
Syarikat air itu berkata tumpahan tersebut menyebabkan penutupan loji rawatan air Sungai Selangor fasa satu, dua, dan tiga serta loji rawatan air Rantau Panjang
Empat loji rawatan air yang terjejas merangkumi 57 peratus daripada permintaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sumber: MalaysiaKini
0 comments:
Post a Comment