KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Majoriti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik NazmiKatanya, dasar liberal dan korporat diamalkan PTPTN membebankan generasi muda yang berhadapan masalah kadar gaji rendah berbanding harga rumah dan kereta yang tinggi.

“Mereka berdepan dengan pelbagai hutang berpanjangan.

“Seperti dilaporkan Bank Negara, kadar muflis meningkat tahun demi tahun,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan.

Justeru, menyenarai peminjam PTPTN di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) menyebabkan peminjam terkesan akibat beban ppinjaman sedai ada yang lain.

“Golongan terbesar yang menjadi mangsa ialah generasi muda,” ujar Nik Nazmi.

Katanya, pemberian diskaun bagi melangsaikan hutang PTPTN dalam belanjawan 2013 tidak adil kerana hanya memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

ptptnAdun Seri Setia itu menjelaskan, pengenalan PTPTN punca kemunculan IPTS tanpa kawalan yang hanya menjadi kilang-kilang ijazah.

Manakala CCRIS hanya membuktikan dasar pendidikan sebagai komoditi oleh Umno BN.
“Kita harus menyedari bahawa pendidikan adalah hak asas seorang insan.
“Penyelesaian sebenar isu ini hanya satu, iaitu mansuh PTPTN.

“Berikan pendidikan percuma sebagai pelaburan untuk masa depan anak-anak kita,” tegasnya.

Sumber: KeadilanDaily

0 comments:

top