Klang, 11 Disember 2011 - Program Fund Raiser DUN Seri Andalas telah diadakan di Dewan Sukan MPK Taman Seri Andalas pada hari ini yang bermula jam 7.30 malam.
Program tersebut yang bertemakan Demi Rakyat - Pertahan Selangor Tawan Putrajaya telah dihadiri lebih 800 orang.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR, YB Tian Chua, Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli, ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor, Cikgu Jaafar, ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang dan ketua-ketua komuniti setempat.
YB Dr Xavier Jayakumar, yang menjadi tuan rumah bagi program tersebut dalam ucapannya menyeru kepada para hadirin adalah penting untuk melakukan perubahan bagi masa depan rakyat yang lebih baik dan ini hanya tercapai dengan usaha untuk mempertahankan negeri Selangor dan menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
Tetamu-tetamu kehormat iaitu YB Azmin Ali, YB Tian Chua, Saudara Rafizi Ramli, YB Shuhaimi Shafiei dan Cikgu Jaafar telah berucap ringkas memberi sedikit penerangan kepada para hadirin. Antara isu-isu yang disentuh adalah isu Fidlot-Lembu UMNO, Ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang terus berleluasa dibawah pimpinan UMNO Barisan Nasional dan persiapan untuk menghadapi pilihanraya.
Majlis turut digamatkan dengan telatah Pengerusi Majlis, Saudara Azmizam Zaman Huri yang juga Ketua AMK Kota Raja mengingatkan para hadirin supaya memilih perubahan dan mengangkat Dato'Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat.
YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang terus memberi sokongan dan mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.
Majlis berakhir jam 11.30 malam.
0 comments:
Post a Comment