SHAH ALAM, 14 DIS : Kerajaan Selangor komited mencari jalan penyelesaian yang adil bagi bekas pekerja Ladang Tumbuk yang sebelum ini dimiliki oleh cabang pelaburan MIC, Maika Holdings bhd.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan undang-undang dibawah Kanun Tanah Negara dalam mendepani masalah yang menghimpit bekas pekerja ladang itu.
"Bidang kuasa untuk mengawal pemindahan tanah negeri terletak dengan lembaga tanah ladang (ELB) selaras dengan S 214A kod tanah negara.
"ELB boleh menolak atau membatalkan kelulusan jika mendapati representasi palsu atau tidak betul atau jika ternyata bahawa kelulusan itu tidak demi kepentingan awam,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat kerajaan negeri hari ini.
Mengulas lanjut, Xavier yang juga Adun Sri Andalas berkata pemilik tanah perlu bertanggungjawab memenuhi sebahagian daripada kewajipan mereka seperti mana yang terkandung di dalam dasar-dasar kerajaan negeri dan kepentingan awam.
Maika Holdings, adalah pemilik asal Ladang Tumbuk sebelum diambil alih oleh G Team Resources & Holding Sdn Bhd yang diketuai oleh Tan Sri Gnanalingam pada 2010.
Pada 2006, ketika ladang itu masih di kelola oleh Maika Holdings, Syarikat itu berjanji untuk membina perumahan alternatif kepada bekas pekerja ladangnya.
Selain itu, Maika Holdings juga menjanjikan tanah untuk pembinaan kuil dan sekolah tamil.
Menurut laporan satu laman web National Express Malaysia pada 13 Dis, G Team Resources Sdn Bhd didakwa menafikan bekalan air kepada penduduk ladang Tumbuk dalam usaha memaksa mereka untuk berpindah.
G Team dilaporkan telah menahan pembayaran bil-bil air yang berjumlah RM2,500 sehingga menyebabkan penduduk kawasan ladang itu kekurangan air selama tiga minggu.
Ladang Tumbok terletak kira-kira 20km dari Banting bandar dan 5 kilometer dari Tanjung Sepat.
Namun, sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan oleh Maika mahu pun G Team.
"Ekoran itu, Kerajaan negeri bertanggungjawab untuk melindungi bekas pekerja ladang yang sejak beberapa generasi telah bersungguh-sungguh membina ekonomi negara tetapi hidup sebagai masyarakat yang terpinggir," jelas Xavier.
Setakat ini, Kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa permohonan dari G Team untuk memindahkan mana-mana tanah ladang itu dalam menunaikan janji-janji yang dibuat oleh Maika untuk bekas pekerja ladang.
Sumber: TVSNEWS
0 comments:
Post a Comment